MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

ANUGERAH WANITA IKON NEGERI & MALAYSIA 2024 MEMERTABAT WANITA MALAYSIA UNTUK LEBIH BERKEYAKINAN, BANGKIT MENDEPANI CABARAN .

Salah satu masalah utama yang selalu menghalang wanita untuk lebih maju dalam kehidupan mereka adalah keyakinan diri mereka sendiri. Walaupun mereka mempunyai kemahiran atau kelebihan, namun kadangkala mereka takut untuk menyerlahkan diri mereka menyebabkan mereka tiada peluang untuk berjaya.

Pencalonan dan Penganugerahan Wanita Ikon peringkat Negeri akan diadakan bermula Feb 2024 sehingga Mac 2024, untuk mencari wanita yang layak menyandang gelaran ‘WANITA IKON NEGERI’ yang akan bertanding diperingkat nasional untuk anugerah Kebangsaan ‘WANITA IKON MALAYSIA 2024’.

Acara kemuncak adalah malam ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024 yang akan diadakan dengan gemilangnya untuk memartabatkan wanita dalam pencapaian mereka didalam kerjaya, keluarga dan masyarakat. Majlis makan malam Anugerah ini akan diadakan di Kuala Lumpur.

OBJEKTIF ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA NEGERI & MALAYSIA 2024

  • Untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada pencapaian luar biasa seorang wanita yang berjaya bagi membentuk senario sosial budaya dan ekonomi Malaysia.

  • Untuk memertabatkan wanita Malaysia di atas kecermerlang mereka di dalam kerjaya dan kehidupan mereka.

  • Untuk memberi platform bagi wanita yang berjaya ini berkongsi visi dan kisah kejayaan mereka kepada wanita lain supaya yang lain juga boleh berjaya seperti mereka.

  • Untuk memberi inpirasi kepada wanita secara umumnya supaya bersemangat dan memburu cita-cita agar berjaya seperti Wanita Ikon.

  • Membantu wanita untuk lebih berkeyakinan, bangkit mendepani cabaran.

  • Menyediakan satu landasan untuk membina keupayaan melalui penghasilan modal insan kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak semasa dan masa hadapan selaras dengan Misi Nasional.

  • Untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam masyarakat.

  • Bagi mencari pelapis kepada kaum wanita Berjaya sedia ada untuk dijadikan ikon atau mentor kepada wanita lain, terutamanya wanita muda.

  • Bagi mencari pelapis Untuk menggabungkan wanita Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. wanita Berjaya sedia ada untuk dijadikan ikon atau mentor kepada wanita lain, terutamanya wanita muda.

  • Bagi menyatu-padukan wanita Malaysia untuk mendokong sesama sendiri.

KATEGORI ANUGERAH

KATEGORI ANUGERAH
JENIS ANUGERAH
PERINGKAT NEGERI
PERINGKAT KEBANGSAAN

ANUGERAH WANITA IKON NEGERI/MALAYSIA

PERTANDINGAN

✔︎✔︎

ANUGERAH WANITA IKON MUDA NEGERI/MALAYSIA

PERTANDINGAN

✔︎✔︎

PERLAKSANAAN PERTANDINGAN ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024

PENCALONAN WANITA IKON NEGERI 2024

1 Februari - 31 Mac 2024

PENDAFTARAN CALON WANITA IKON NEGERI 2024

1 April - 30 April 2024

PENCALONAN WANITA IKON MUDA 2024

1 Februari - 31 Mac 2024

PENDAFTARAN CALON WANITA IKON MUDA NEGERI 2024

1 April - 30 April 2024

TEMUDUGA & AUDIT CALON- CALON WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA

Temuduga & saringan calon-calon
Perlaksanakan bersama wakil JPW Negeri dan wakil KWIM secara bersemuka.

PENGUMUMAN PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON NEGERI

Setiap cawangan Kelab Wanita Ikon akan mengadakan Majlis Penganugerahan pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri di negeri masing-masing. Pemenang akan mewakili negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

AKTIVITI WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA

1 aktiviti amal yang divideokan untuk ditayangkan pada malam Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024

ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024

Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain.

AKTIVITI-AKTIVITI PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON NEGERI DAN MALAYSIA

Setiap pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Pemenang Anugerah Wanita Ikon Malaysia, diwajibkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam tempoh 2 tahun sepanjang menyandang gelaran IKON.

PENCALONAN ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024

Pencalonan Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024

Sila isikan maklumat calon yang anda rasakan sesuai untuk menyandang Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024. Kami akan menghubungi calon bagi mendapatkan biodata dan video pengenalan untuk tujuan saringan.

FINALIS ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2022

MIESYA YUNUS

WANITA IKON JOHOR 2022

MAZVIN

WANITA IKON MELAKA 2022

DR. WANI

WANITA IKON NEGERI SEMBILAN 2022

DATIN RITA SOSILAWATI

WANITA IKON SELANGOR 2022

DR. NUR SHASA AZIZ

WANITA IKON WILAYAH PERSEKUTUAN 2022

CIK PUAN GOJES (CPG)

WANITA IKON KEDAH 2022 WANITA IKON MALAYSIA 2022

DR. LINDA

WANITA IKON PULAU PINANG 2022

NIKKY

WANITA IKON PERAK 2022

NAJIHA SULAIMAN

WANITA IKON KELANTAN 2022

MIESYA YUNUS

JOHOR

HIDAYAH ISHAK

WANITA IKON PAHANG 2022

ASMAH KADIR

WANITA IKON MUDA 2022

MALAM ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2022