logo-awim-gold2024-transparent

Tina Tajuddin

WANITA IKON PERAK

Nama : Tina Binti Tajuddin

Umur : 49 tahun

Tarikh Lahir : 10 Julai 1975

Asal : Kuala Lumpur

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : Graduan Undang-Undang Dari Universiti Leeds, UK. Masters of Business Administration dari UWE England.

Kerjaya : PENGASAS & PENGERUSI EKSEKUTIF

Facebook : Tina Tajuddin

Instagram : tinatajuddin

Tiktok : tinaceomentor

Website :

Menarik Tentang Tina Tajuddin:

Tina Tajuddin, atau lebih dikenali sebagai CEOMENTOR merupakan Anak Kedua Dari Lima orang Adik Beradik. Beliau seorang isteri dan Ibu yang mempunyai 5 Orang Cahayamata di dunia dan seorang cahayamata yang menunggu beliau di pintu Syurga . Anak Kelahiran Wilayah Persekutuan telah Menetap di Ipoh Perak lebih 20 Tahun.

Graduan dalam Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan UWE England dan Sarjana Undang- Undang Dari University Leeds United Kingdom. Beliau telah ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara pada Tahun 2000.

Mempunyai Prinsip tidak Cepat Menyerah, Beliau berpegang pada manifesto “Cerminan Wanita Perkasa Adalah Memiliki Pengetahuan, Berani, Berdikari, Inovatif dan Berdaya Saing Di Semua Peringkat”.

Mempunyai darah Tokoh Politik , Tina sanggup meninggalkan profession Guaman semata- mata ingin menumpukan kepada Masa Depan Anak Bangsa. Beliau mengambil alih Pengurusan Kolej keluarg iaitu Kolej TAJ dan sekaligus menjawat jawatan Pengarah Kolej Matrikulasi termuda pada umur 23 Tahun.

Sehingga Kini Tina telah memberikan Sumbangan hampir 3 Dekad terhadap perjuangan Ilmu , Pembangunan Wanita dan kerja -kerja CSR yang mana beliau turut terlibat dalam Membantu Krisis Negara terbesar antaranya penghantaran pelajar-pelajar IPT waktu COVID , kes penderaan kanak-kanak di Taska Ipoh dan telah menganjurkan Seminar Skor SPM A+ secara percuma yang mana telah menghimpunkan 10 ribu Calon SPM Satu Malaysia selama 3 minggu dengan bantuan kepakaran 12 Cikgu Cemerlang.

Rekod Kejayaan sebagai Ahli Perniagaan Berjaya apabila dipilih sebagai Antara 10 Success stories Dari SME Bank yang mempamerkan Kejayaan Beliau Bangkit menjadi CEO setelah 6 Tahun menjadi SurRumah. Kisah Kejayaan Luarbiasa Beliau menempuh Cabaran meninggalkan Anak yang Baru di lahirkan bagi membantu Kolej di Ipoh Perak telah mendapat liputan Dari pihak media massa. Ini termasuklah siaran YOU TUBE “Housewife to CEO” yang telah mendapat puluhan ribu tontonan. Sehingga Beliau di jemput sebagai Kolumnis “”SuriRumah ke CEO”” SINAR HARIAN pada Tahun 2016. Mulai dari kejayaan tersebut beliau telah mengilhamkan banyak program termasuk Fastrack Housewife to CEO dengan menumpukan peningkatan ilmu keusahawanan di kalangan SuriRumah dan wanita.

Pengorbanan Beliau Demi Pendidikan Anak Bangsa Banyak di terjemahkan dengan Pelbagai Inisiatif tanpa Henti dengan membantu Anak Yatim , Anak Miskin di seluruh Malaysia dengan Pengambilan Pelajar di bawah Program TIC Apprentice yang membantu pelajar luar bandar bagi mendapatkan pengalaman Industri. Selaras bagi Pembangunan Modal Insan Negara beliau Banyak Memperkenalkan Pelbagai Program Siri Jelajah Kesedaran Bersama 12 Ahli Parlimen iaitu siri Jelajah 2U2i , termasuk yang terkini iaitu Program TVET PROFESSIONAL,TVET Anak Yatim, TVET Tahfiz , TVET Athlete dan TVET Wanita.

Beliau Banyak melaksanakan Inisiatif dan Aktiviti Bersepadu dengan Kolaborasi 10 NGO Wanita di Perak dan 35 Persatuan NGO Belia Perak termasuk Pelbagai Usaha Melantik Rakan Strategik di semua sektor termasuk sekolah-sekolah , Universiti dan Industri Berkepentingan.

Beliau juga turut Bekerjasama dengan Pelbagai Agensi termasuk MAIPK bagi tujuan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi kumpulan sasaran Pelajar Miskin dan Wanita Asnaf bagi tujuan peningkatan ekonomi dan Ilmu. Di bawah program ini ramai Wanita Asnaf Berjaya mendapat peningkatan gaji selaras dengan peningkatan kelayakan dan kemahiran.

Beliau turut serius menumpukan isu – isu Keselamatan Kanak- Kanak yang seringkali terlibat dalam program ‘ MY Child Safety’ yang telah melibatkan peranan Persatuan Tadika dan Taska. Sebagai Salah seorang aktivist Kanak Kanak , beliau banyak terlibat dalam peningkatan Ilmu dan Kemahiran di kalangan guru Tadika dan Pengasuh. Beliau Lebih di kenali sebagai IBU Tina di kalangan Anak – Anak Kecil , Kini Beliau telah mengusaha TT Group of Companies yang melibatkan TT Education yang melibatkan Bidang Pendidikan Dari Peringkat Taska , Tadika dan Sekolah Agama. TT Education Group mempunyai inspirasi untuk membantu ramai kaum Wanita khasnya Suri Rumah atau Usahawan Wanita untuk melibatkan diri dalam bidang perkhidmatan ‘licensing’ pusat kanak -kanak yang berdaftar.

Selain dari bidang Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Tina juga mengaplikasikan Ilmu Perundangannya sebagai Perunding di bawah TT Consultancy yang menawarkan khidmat rundingan wasiat, pengurusan harta pusaka dan kewangan Islam termasuk takaful dan hibah. Beliau merupakan Agensi Leader Wanita di Ipoh Perak dan kerap diundang sebagai speaker di semua peringkat .

Beliau juga mempunyai syarikat di bawah jenama TT events dan Hall bagi menawarkan perkhidmatan Seminar, Kursus Latihan serta Perkhidmatan Pakej Perkahwinan kepada masyarakat di Ipoh Perak. Pakej Buffet Ramadan @ TT Hall pada tahun ini telah Berjaya menambat hati warga Ipoh dengan menawarkan pakej INFAQ Ramadan kepada Golongan ASNAF , Ibu Tunggal dan Golongan Mualaf.

Di Peringkat Pengajian Tinggi, Beliau turut menawarkan Peluang Belajar bagi B40, Asnaf dan Tahfiz. Pelbagai Program Siri Jelajah serta menyediakan pelbagai peluang Biasiswa dan Kerjaya selepas tamat Belajar. Di Peringkat Antarabangsa, beliau juga merupakan yang sentiasa menitikberatkan isu -isu Palestine dan seringkali terlibat dalam program kesedaran Isu Palestine dan pelancaran Tabung kutipan Bersama NGO Palestine saban tahun.

Untuk Tahun ini Tina telah menganjurkan Program Jelajah CSR Perak di serata 12 Daerah di Negeri dalam Gerakkan GENERASI BARU. Tina turut memperkenalkan konsep baru kepada Generasi Muda agar berminat sambung belajar dan pada masa yang sama dapat membantu ekonomi keluarga.

Konsep “” TIC LEARN & EARN”” sebagai Solusi Belajar Tanpa Hutang atau Belajar Kurangkan Hutang merupakan idea dan ilham Tina Tajuddin yang merupakan kaedah inovasi BELAJAR SAMBIL MENJANA PENDAPATAN yang mengabungkan struktur pembelajaran TVET dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang iaitu kos sara hidup.

Bagi Tina, IKON Wanita Malaysia merupakan Satu Anugerah dan Satu Amanah. Anugerah ini bukan sahaja bertindak sebagai wadah perjuangan Agenda Wanita Berilmu tetapi sebagai Satu platform bagi memberikan akses terhadap definisi perlaksanaan Wanita PERKASA di semua Peringkat.

DENGAN KERJASAMA

jata_manis_my_small