logo-awim-gold2024-transparent

Dyan Made

WANITA IKON SABAH

Nama : Mardiana binti Made

Umur : 38 tahun

Tarikh Lahir : 25 Mac 1986

Asal : Tawau, Sabah

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia

Kerjaya : Pengarah DS Rich Manufacturing Sdn Bhd

Facebook : Dyan Made

Instagram : dyane__m

Tiktok : dyane__m

Website :

Menarik Tentang Dyan Made:

Puan Mardiana binti Made, atau lebih dikenali sebagai Dyan Made, adalah seorang usahawan wanita yang telah berjaya mencipta nama dalam industri kecantikan di Malaysia. Sebagai pengasas DS Rich Manufacturing Sdn Bhd, sebuah kilang OEM tempatan, beliau membuktikan bahawa tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak tidak menghalangnya untuk berjaya sebagai pemimpin syarikat. Komitmennya terhadap tanggungjawab sebagai usahawan dan pemimpin sentiasa diutamakan.

Minat Dyan Made dalam perniagaan dan kecantikan mendorong beliau untuk memulakan perniagaan dalam industri kecantikan dengan menghasilkan produk kesihatannya sendiri. Pada tahun 2020, dengan sokongan keluarga dan tekad yang kuat, beliau menubuhkan DS Rich Manufacturing Sdn Bhd. Di bawah kepimpinannya yang berwawasan dan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, syarikat ini berkembang pesat dan kini menjadi salah satu pemain utama dalam industri OEM, khususnya dalam pembuatan produk kosmetik, penjagaan kulit, dan badan.

Dyan Made sentiasa menekankan pentingnya inovasi dan kualiti dalam setiap aspek operasi syarikat. Kejayaan syarikat ini diukur bukan sahaja dari segi keuntungan tetapi juga melalui impak positif kepada masyarakat dan ekonomi negara. Beliau turut membantu para usahawan wanita dalam industri perniagaan kosmetik dan membuka peluang pekerjaan untuk komuniti setempat.

Dengan berpegang kepada slogan “KEANGGUNAN WANITA DALAM KEPIMPINAN & KEUNGGULAN DALAM KEJAYAAN,” Dyan Made percaya bahawa Ikon Wanita Kebangsaan adalah pengiktirafan kepada perjuangan wanita. Setiap wanita mempunyai keanggunan tersendiri yang terpancar dalam kepimpinan mereka dan keunggulan dalam setiap kejayaan yang dicapai. Keanggunan bukan hanya terletak pada penampilan, tetapi dalam cara berfikir, bertindak, dan memberi inspirasi kepada orang lain.

InsyaAllah, jika amanah ini diberikan kepada Dyan Made, beliau akan menggalas tanggungjawab sebagai Ikon Wanita dengan memberi inspirasi kepada wanita dan generasi akan datang untuk menjadi wanita luar biasa, penuh semangat, berkeyakinan, dan saling memberi inspirasi antara satu sama lain.

Antara pencapaian dan CSR:

  1. Pengerusi UPTS 2023
  2. Usahawan Cemerlang 2023
  3. The Best Research & Development Brand Award
  4. Aktif dalam kegiatan sosial dan keusahawanan
    • Sumbangan kepada pusat tahfiz.
    • Sumbangan bakul makanan pada bulan puasa kepada golongan asnaf.
    • Sumbangan kepada Wad Bersalin Hospital Tawau
    • Menganugerahkan pakej mengerjakan umrah kepada pekerja.

DENGAN KERJASAMA

jata_manis_my_small