Nama : Norshela binti Zakariah
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1989
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan :
– Ijazah Sarjana Antarabangsa Serantau Dunia
– Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi)
Kerjaya : Penterjemah Bahasa, Pembantu Ahli Majlis MBS, Pembantu Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seremban, Penasihat Makhamah Kanak-Kanak Daerah Seremban
Facebook : shela.yen.1
Instagram : shelayen
Tiktok : shela.alexis.yen
Website : –
Norshela dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dalam persekitaran masyarakat majmuk di Kota Kinabalu, Sabah. Interaksi masyarakat dengan pelbagai kaum dan agama membentuk keperibadian Norshela yang cekal dan bertolenrasi pada setiap masa. Sentiasa aktif dan berdikari telah membentuk keperibadinya yang sentiasa ke hadapan. Sifat bertanggungjawab dan amalan bantu-membantu sesama insan membuka ruang kepada Norshela untuk memberi khidmat sosial dalam persekitaran. Sejak menjadi penuntut dalam bidang psikologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau telah melibatkan diri dalam gerak kerja sosial bersama Malaysian Medical Relief Society (MERCY) Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga menganggotai Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TUDM pada tahun 2012.
Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam bidang integrasi serantau dunia dan memperoleh Ijazah Sarjana pada tahun 2013. Dalam tempoh pengajian di UM, beliau sempat memperoleh pengalaman yang amat berharga apabila dihantar membuat latihan amali di kem pelarian Mae Hong Son (sempadan negara Thailand & Myanmar). Setelah tamat pengajian, beliau bertugas sebagai pegawai pelindung pelarian di UNHCR Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi seorang pensyarah di Kolej Teknologi Alpha Seremban dan mengajar program komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) di peringkat Sarjana Muda sehingga tahun 2020.
Oleh sebab kecenderungan Norshela dalam keja-kerja masyarakatan, beliau melibatkan diri secara aktif bersama masyarakat di sekitar Negeri Sembilan khususnya di daerah Seremban. Beliau dilantik sebagai Pembantu Ahli Majlis MBS sejak 2021 sehingga kini. Komitmen yang diberi memberi peluang kepada Norshela mengenali secara mendalam keperluan masyarakat persekitaran Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau juga pernah menjadi pegawai penyelidik kepada EXCO Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan pada tahun 2021 dan sekarang menjadi pegawai khas kepada EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pembantu Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seremban dan juga Penasihat Makhamah Kanak-Kanak Daerah Seremban sejak tahun 2023 sehingga kini. Beliau juga bekerja sebagai penterjemah bahasa (Cantonese ke Inggeris) untuk syarikat luar negara (AS) khususnya membantu dalam bidang perubatan, hal ehwal makhamah, panggilan kecemasan dan sebagainya.
Walaupun beliau mempunyai banyak komitmen kemasyarakatan, namun ini tidak menghalang Norshela dalam berinteraksi dan membimbing anaknya. Keluarga merupakan semangat dan tulang belakang kepada Norshela untuk meneruskan kerja kemasyarakatan kerana beliau percaya bahawa generasi akan datang dapat bermanfaat dan belajar melalui pengalaman hidup serta kerja-kerja yang telah diusahakan. Wanita Ikon Muda Peringkat Kebangsaan bukan sahaja sebagai satu pengiktirafan kepada kaum wanita. Malah, pelantar ini juga dapat menyebarkan semangat dan menarik lebih ramai untuk aktif dalam kerja kemasyarakatan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Hasratnya demi kesejahteraan dan kelestarian masyarakat umumnya adalah tanggungjawab bersama. “Biarlah saya memikul tanggungjawab menangani kesulitan yang mendatang dan menjadi contoh kepada yang lain.” Demikianlah falsafah hidup Norshela selama ini.
DENGAN KERJASAMA