Nama : SITI MURNI ABDUL AZIZ
Umur : 38 tahun
Tarikh Lahir : 4 SEPTEMBER 1986
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
Kerjaya : Usahawan
Facebook : sitimurni
Instagram : siti.murni.abdul.aziz
Tiktok : sitimurniofficial
Website : www.sitimurni.my
Siti Murni Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai “”Madame Uni”” adalah anak bongsu dari 7 beradik.
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan menetap lebih 15 tahun di Selangor.
Dilahirkan bukan dalam keluarga yang senang dan mempunyai ibu OKU akibat terbakar tahap 4.
Namun, kesukaran dalam kehidupan itu baginya satu hadiah dari Allah yang membuatkan beliau bangkit merubah kehidupan.
Beliau merupakan bekas Penyampai Berita Nasional TV1 dan wartawan meja politik dan Parlimen TV1.
Namun, memilih untuk meninggalkan kemuncak kerjayanya dan masuk ke dalam dunia perniagaan.
Beliau membina perniagaan yang berasaskan tudung, telekung dan inner. Bermulakan modal RM1000 tanpa sebarang dana bantuan atau pinjaman.
Siapa sangka “”Hijrah SITIMURNI”” membuahkan hasil yang lumayan.
Menggunakan kepakaran beliau dalam bidang komunikasi jenama SITIMURNI berjaya membuat jualan mencecah ke RM30 juta ringgit.
Menerusi medium LIVE di media sosial jenama ini berjaya menembusi bukan sahaja pasaran Malaysia, malah memasuki Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.
Uniknya jenama SITIMURNI ia berkembang dan dikenali dengan mengekalkan prinsip ‘Clean Marketing’ berbeza dengan dunia perniagaan masa kini yang lebih menjurus kepada kontroversi ‘Bad Marketing’. Beliau berpegang teguh dengan prinsip sukses halal. Menjaga agama, maruah keluarga dan maruah diri sebagai wanita.
Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan membuatkan beliau telah menerima lebih 20 anugerah dari dalam dan luar negera.
Hasil kejayaan beliau turut di kongsi kepada masyarakat. Seringkali menyampaikan bantuan kepada orang kurang berkemampuan melibatkan OKU, rumah anak yatim dan asnaf.
Semangat dan kepakaran yang ada pada beliau juga sentiasa di kongsikan kepada wanita di seluruh Malaysia menerusi seminar yang diadakan kerana beliau mempunyai impian yang besar untuk bangkit merubah kehidupan wanita yang memerlukan.
Beliau percaya, kemiskinan itu bukan sesuatu yang diwarisi. Namun boleh diubah dengan keinginan yang tinggi.
DENGAN KERJASAMA