Nama : FARIDAH BINTI P HAMSA
Umur : 41 tahun
Tarikh Lahir : 18 DISEMBER 1982
Asal : Johor
Status Perkahwinan : Ibu Tunggal
Pendidikan :
– DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM DAN SYARIAH (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA)
– IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN (International University of Georgia Netherlands)
Kerjaya : Usahawan
Facebook : MYRA FIDA
Instagram : MYRA FIDA
Tiktok : Myrafida
Website : –
Cik Puan Faridah Hamzah atau lebih dikenali dengan Myra Fida anak kedua dari 8 beradik merupakan anak jati kelahiran Johor Darul Ta’zim. Graduan International University of Georgia Netherlands ini pernah mengharumkan nama Malaysia apabila di anugerahkan Tulips Award dari University Netherlands di Belanda.
Bermula dari kerjaya sebagai Guru Agama dan akhirnya menceburi dunia Kontraktor dan keusahawanan. Pada tahun 2016, beliau tekad keluar dari profession keguruan setelah 15 tahun berkhidmat. Dek kerana minat yang mendalam untuk membantu ramai asnaf- asnaf yang terpinggir dan agak sukar untuk mendapatkan bantuan. Maka, pada tahun 2019 beliau telah menubuhkan NGO nya sendiri iaitu Permata Baiduri Malaysia yang kini mempunyai ahli- ahli hampir di setiap Negeri di Malaysia. Beliau sangat aktif dalam kegiatan NGO dan program-program keusahawanan. Banyak permasalahan dalam masyarakat berjaya diselesaikan seperti tersiar di dada Akhbar.
Persatuannya memberi sumbangan dan keperluan secara tetap setiap bulan. Selain itu, telah banyak pencapaian- pencapaian yang beliau terima hingga ada yang program keusahawanan beliau mendapat Anugerah Malaysia Books Of Record. Bantuan-bantuan bukan sahaja disalurkan dalam negara tetapi juga diluar negara termasuk Palestine.
Pengalaman beliau membesarkan 4 cahaya mata seorang diri mengajar beliau menjadi tabah dan cekal. Beliau yakin dan percaya selagi ada usaha kejayaan pasti di dalam genggaman. Ikon Wanita kebangsaan adalah pengiktirafan tinggi dan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan. Insyallah sekiranya rezeki, amanah ini akan digalas sebaik mungkin untuk membangunkan wanita dan masyarakat secara am dan khasnya.
Semakin ramai wanita luar biasa dan melakukan banyak perubahan menakjubkan. Antaranya berjaya mengubah stigma menganggap wanita sebagai golongan lemah, menjadi wanita disegani dan dihormati kerana kejayaan yang dicapai. Ini dibantu kekuatan mental dan dalaman yang dimiliki wanita terbabit. Menjadi wanita yang kuat dari segi mental bukan saja diukur berdasarkan penampilan menarik tetapi mengenai karektor dimiliki wanita terbabit.
DENGAN KERJASAMA