Nama : NORRIZA BINTI MUHAMAD YUSOF
Umur : 45 tahun
Tarikh Lahir : 11 DISEMBER 1979
Asal : Kota Tinggi, Johor
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan :
– DIPLOMA AKAUN (UTM)
– IJAZAH SARJANA (APEL A, MQA)
– MASTER ISLAMIC FINANCE & BANKING (CURRENT)
Kerjaya : Usahawan
Facebook : IEZA YUSOF
Instagram : iezayusofofficial
Tiktok : Ieza Yusof | Cikgu Kewangan
Website : www.iezayusof.com
“KETABAHAN dalam PENGORBANAN
KETEGUHAN dalam PERJUANGAN
WANITA Inspirasi Sepanjang Zaman” – MJ
Beliau lahir pada 1979, hidup di FELDA di zaman awal 80-an tanpa bekalan air & elektrik. Menjual nasi lemak & ais krim Malaysia, mengutip cendawan di kebun kelapa sawit untuk di jual rumah ke rumah, ikut ayah ke kebun untuk petik kelapa sawit itulah dunia kehidupan kecil beliau.
Menyambung Diploma Perakauan di UTMKL pada 1997 dalam keadaan ekonomi Malaysia merudum juga adalah cabaran besar bagi beliau. Melupakan hasrat untuk menyambung ijazah kerana masalah kewangan beliau terus bekerja sebagai Pembantu Akaun dengan gaji RM1,200 sebulan.
Pada usia 20 beliau sudah aktif bekerja & buat pelbagai perniagaan bermodal rendah seperti Multi Level Marketing ( MLM ), menjual tudung, ejen insuran, menjual telefon bimbit & macam-macam lagi untuk menambah pendapatan dengan harapan untuk menjadi jutawan pertama dalam keluarga & dapat mengubah ekonomi keluarga.
Bermula hanya dengan modal masa & kudrat sehingga izin Allah beliau memenangi pelbagai anugerah antaranya Tokoh Wanita 2013 & “Champion Of Breakthrough 2015 oleh YB Dato’ Koh Yah Hui CEO Great Eastern Malaysia Assurance Berhad, Top 100 Young CEO 2019, “Britishpedia Successful People In Malaysia” Edisi 21.
Ilmu & pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang perancangan kewangan menjadikan beliau tekad ingin membantu individu & usahawan mengurus kewangan dengan baik untuk melahirkan masyarakat bebas kewangan supaya kalis gawat.
Sebagai CEO & Founder kepada 2 syarikat iaitu Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd dan AL Aqyas Group Sdn Bhd, beliau menguruskan syarikat latihan dan konsultansi yang telah membina lebih 550 “protege” dalam bidang pengurusan kewangan & risiko. Beliau juga masih menyambung pelajaran dalam “Master Islamic Finance & Banking” di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur.
Beliau menghasilkan produk-produk literasi kewangan seperti buku fizikal,buku digital & aplikasi kewangan digital. Tiga buku fizikal beliau “Jerat Kewangan & Hartanah”, “Formula Urus Gaji”, dan “Kalkulator Dari Langit” telah terjual lebih 10,000 naskah. Produk aplikasi digital kewangan “My Financial Blueprint” dibangunkan sejak 2018 dan mempunyai lebih 7,500 pengguna.
Misi beliau untuk setiap keluarga dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai aplikasi urus kewangan secara digital sehingga mereka boleh mencapai level urus kewangan secara “Do It Yourself ( DIY )”.
Peluang beliau bekerjasama dengan pihak Pusat Pengutan Zakat MAWIP & Waqaf An Nur Corporation memberi peluang kepada beliau terus mendidik ilmu pengurusan cukai untuk misi meningkatkan jumlah zakat individu dan perniagaan sehingga dapat membuat perancangan Wakalah. Perancangan cukai, zakat dan wakalah memberi peluang individu terutamanya yang menjalankan perniagaan dapat menyumbang lebih banyak dana untuk projek-projek amal.
Hasil daripada dana wakalah melalui perancangan kewangan tersebut beliau dapat mengadakan program-program amal secara konsisten melalui Program MISI JANNAH dan membangunkan sebuah Madrasah MABUS Al Akyas di Rawang Selangor yang menempatkan pelajar hufaz Al Quran seramai 35 orang bersama sahabat baik beliau iaitu Puan Hajah Zarina Mohamad Shariff.
Perjuangan ini boleh di gerakkan ke seluruh negeri sehingga mencapai misi beliau supaya lebih ramai usahawan yang berjaya dalam kewangan maka akan lebih ramai yang akan dapat menyumbang kepada ummah seterusnya dapat berwakaf & berinfaq.
“Infaq itu biasa, konsisten infaq itu luarbiasa”Itulah motivasi beliau untuk mengekalkan momentum beliau dalam menyumbang masa,tenaga,ilmu dan harta kepada ummah.
Pesanan daripada seorang wanita kepada semua wanita…
Jadilah WANITA setabah Siti Khadijah Khuwailid dalam PENGORBANAN..
Jadilah WANITA seteguh Siti Khadijah Khuwailid dalam PERJUANGAN ..
Jadilah wanita yang sentiasa memberi inspirasi
Jadilah WANITA inspirasi sepanjang zaman…
Norriza Muhamad Yusof
Mak Jerung ( MJ )
WANITA IKON
Wilayah Persekutuan 2024/2025
DENGAN KERJASAMA