logo-awim-gold2024-transparent

Suzana Abu Talib

WANITA IKON MELAKA

Nama : SUZANA BINTI ABU TALIB

Umur : 41 tahun

Tarikh Lahir : 1 Mac 1983

Asal : Melaka

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan :
– Diploma Kemahiran Malayisa Pengurusan SPA
– SKM3 Terapi SPA
– VTO Terapi SPA

Kerjaya : Usahawan

Facebook : Zana Muslimah Spa HQ

Instagram : zanaspamuslimah_mitc_hq

Tiktok : zanaspamuslimahmitchq

Website :

Menarik Tentang Suzana Abu Talib:

Puan Suzana Abu Talib 41 tahun, merupakan anak jati Negeri Melaka. Beliau merupakan anak sulung dari pasangan Abu Talib dan Masita Abdul Rahman. Pengalaman beliau, yang pernah menolak tawaran sambung belajar demi membantu kedua orang tuanya, sering menjadi pembakar semangat dalam dirinya. Dugaan dan cabaran tidak pernah mematahkan semangat dan impiannya untuk berjaya. Sambil membantu bekerja di warung keluarga, beliau tekun membuat kerja sambilan di premis SPA. Di situlah beliau terus mencari peluang menimba ilmu dan pengalaman sehinggalah memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Terapi SPA.

Pada Tahun 2007, Puan Suzana telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta En.Fazri Efendi dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Suami yang menjadi pemangkin dan tulang belakang dalam memberi sokongan untuk beliau menceburi perniagaan dalam bidang Penjagaan Diri dan Kesihatan.

Kini Puan Suzana merupakan seorang usahawanita di dalam bidang penjagaan Diri dan Terapi Wanita yang. Beliau memiliki sebuat pusat SPA dan Terapi Wanita, Akademi Latihan dan Produk penjagaan keluaran syarikat beliau sendiri. Beliau merupakan seorang Pengamal Perubatan Tradisional Melayu (PTM) yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau yang mempunyai persijilan SKM, DKM dan VTO dari Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan seorang tenaga pengajar bertauliah. Beliau sering bergiat aktif di dalam program pembangunan modal insan melalui kursus dan latihan kemahiran dalam bidang Terapi SPA, PTM dan Keusahawanan.

Puan Suzana merupakan Peer and Lactation councelor bertauliah di bawah NGO Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu Hospital Melaka. Beliau sering kali bergerak aktif Bersama rakan-rakan pengamal membantu para ibu untuk memberikan penyusuan ibu yang terbaik kepada bayi mereka. Pengalaman beliau yang luas dalam industri penjagaan kesihatan dan aktiviti kemasyarakatan telah membuatkan beliau di pilih sebagai rakan industri Kolej Komuniti Kota Melaka dan MITC Hotel Sdn Bhd.

DENGAN KERJASAMA

jata_manis_my_small