Nama : AMAL HAYATI BINTI JUSOH @ MOHD YUSOFF
Umur : 31 tahun
Tarikh Lahir : 20 Disember 1993
Asal : Kelantan
Status Perkahwinan : Bujang
Pendidikan :
– BACHELOR OF HONS (INDUSTRIAL PHYSICS)
PENERIMA ANUGERAH IKON KEMASYARAKATAN NEGERI KELANTAN 2023
– PENERIMA BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Kerjaya :
– USAHAWAN
– MOTIVATOR
– AUTHOR
Facebook : AMAL HAYATI
Instagram : sihatwithme
Tiktok : Amalhayati
Website : –
Amal Hayati Binti Jusoh @ Mohd Yusoff lebih dikenali dengan panggilan Amal sejak di bangku sekolah lagi. Anak yang ke-6 daripada 7 adik-beradik.
Amal Hayati merupakan graduan Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Fizik Industri (Industrial Fizik) yang mendapat tajaan penuh biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai jurutera di salah sebuah multinational company (MNC) di Kulim Kedah.
Selepas 3 tahun, beliau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan memandangkan minat yang mendalam untuk menjadi usahawan dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Melihat kegigihan Ibu membina perniagaan secara tidak langsung menarik minat beliau untuk menjadi seorang usahawan juga.
Pada masa yang sama, minat yang mendalam dalam membaca buku-buku motivasi bermula dari umur 19 tahun lagi membuatkan beliau menanam impian untuk menjadi seorang motivator yang berjaya.
Alhamdulillah. Selepas 10 tahun beliau dapat mengeluarkan buku solo yang pertama yang bertajuk ‘SihatWitMe’ hasil kehidupan yang mencabar yang dilalui dengan positif dan penuh kesabaran. Daripada buku solo itu beliau sedang giat aktif membawa nama ‘SihatWithME’ dalam perjuangan dan perniagaan yang akan datang.
Dengan tertubuhnya brand ‘SihatWithME’, beliau telah mengumpulkan rakan-rakan positif untuk sama sama berkolaborasi dalam menyebarkan manfaat mengikut kepakaran masing-masing.
Minat yang mendalam untuk memberi inspirasi bermula sejak dari sekolah menengah lagi. Setiap kejayaan yang di capai pasti akan dikongsikan bersama dengan rakan dan orang sekeliling. Beliau sentiasa percaya setiap kebaikan yang diberikan pasti akan kembali kepada kita semula.
Selain itu, Amal Hayati sangat komited dalam membantu Masyarakat dan mula mendapat pengalaman menyantuni asnaf semasa PKP. Pelbagai aktiviti yang dilakukan yang di bantu dengan rakan-rakan yang mempunyai jiwa dan minat yang sama. Beliau juga menubuhkan Kumpulan tertutup di media sosial untuk membantu golongan Wanita yang memerlukan sokongan moral terutamanya dari segi emosi dan spiritual development. Beliau juga selalu dijemput untuk menyampaikan slot motivasi kepada agensi-agensi swasta yang terpilih dan aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan setempat.
Dalam usia yang muda, beliau sangat komited dalam membantu Masyarakat terutamanya golongan belia kerana bagi beliau golongan muda (Belia) adalah asset negara yang perlu digilap dengan cara yang betul bermula seawal yang mungkin.
Sekiranya Anugerah Ikon Muda Kebangsaan diberikan kepada Amal Hayati, maka menjadi tanggungjawab bersama dalam memberi inspirasi kepada golongan muda sesuai dengan manifesto yang di bawa iaitu ‘Peribadi Wanita Berilmu Tunggak Kebahagiaan Dan Kejayaan’. Dengan panduan ilmu, akan terdidiknya akhlak dan peribadi wanita, Dengan akhlak yang baik, Wanita akan Bahagia dan berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi.
Wanita beriman akan bahagia dan berjaya.
DENGAN KERJASAMA