logo-awim-gold2024-transparent

Noraini Hanipah

WANITA IKON NEGERI SEMBILAN

Nama : Noraini binti Hanipah

Umur : 41 tahun

Tarikh Lahir : 9 Disember 1983

Asal : Batu Pahat, Johor

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM

Kerjaya : Usahawan

Facebook : Noraini Hanipah

Instagram : noraini_hanipah

Tiktok : kak_anie83

Website : www.angguncollection.com

Menarik Tentang Noraini Hanipah:

Puan Noraini binti Hanipah adalah puteri yang ke tiga dari 5 orang adik beradik kepada pasangan suami isteri En Hanipah bin Saidi dan Hasnah binti Bani.

Telah berkahwin dengan seorang jejaka yang sangat penyayang dan sentiasa menjadi tulang belakang utama beliau iaitu Tuan Mohd Shazrin bin Yahya. Telah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan bernama Syasya Aqilah yang berumur 17 tahun dan Alesya Afiqah yang berumur 13 tahun.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah LKTP Nitar Mersing dan menyambung pengajiannya ke peringkat menengah di sekolah Menengah Nitar Mersing dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 dan ke Sekolah Menengah Vokasional ERT Azizah Johor Bahru bagi tingkatan 4 & 5.

Setelah menamatkan pengajian diperingkat menengah beliau telah berhijrah ke Seremban, Negeri Sembilan untuk berkerja. Beliau berasal dari keluarga yang menjalani kehidupan yang sederhana di mana ayah beliau merupakan seorang peneroka dan dalam masa yang sama kedua ibu dan ayah beliau berniaga di kedai makan demi membesarkan anak-anak mereka.

Pada tahun 2001 hingga 2002, Puan Noraini pernah bekerja sebagai jurujual di pasaraya The Store dan kedai kasut BATA yang terletak di bandar Seremban. Kemudiannya pada 2003, beliau memulakan kerjaya pertama dalam industri pembangunan dimana beliau menjadi kerani kontraktor di Wisma Negeri Sembilan. Dan pada 2006 beliau mengorak langkah memegang lesen sebagai kontraktor kelas F.

Pada 2014 dengan bermodalkan RM4000 yang dikongsi beliau dan adiknya, Puan Norafizah, telah membeli 100 pasang kain kapas dari pembekal di Kuala Lumpur dan menjual kain-kain tersebut secara online di platform Facebook. Sambutan secara online tidak mendapat sambutan yang baik seperti yang diharapkan. Namun beliau dan adiknya tidak berputus asa, maka mereka bertekad mencuba nasib menjual di Uptown Senawang, Negeri Sembilan.

Setelah perniagaan semakin berkembang secara online, Pn. Noraini, suami dan adiknya mengambil keputusan menyewa di bangunan MARA, Seremban. Puan Noraini telah menyertai RichWorks untuk mendapat bimbingan dari segi pemasaran, operasi, kewangan, pengurusan pekerja dan meningkatkan lagi kemahiran kempimpinan beliau. Niat Puan Noraini untuk membantu keluarga membuahkan hasil setelah beliau menceburkan diri dalam dunia perniagaan bersama-sama suaminya, adik serta adik iparnya.

Semangat Puan Noraini dalam membangunkan perniagaan menjadi inspirasi kepada ramai orang diluar sana yang mempunyai minat dalam industri yang sama. Penganugerahan sebagai Wanita Ikon Negeri Sembilan 2024/2025 adalah salah satu tanggungjawab yang besar yang perlu digalas untuk memperkasakan wanita-wanita di luar sana dimana beliau akan berusaha untuk membantu dan membawa wanita untuk keluar dari kehidupan yang biasa kepada yang luar biasa.

DENGAN KERJASAMA

jata_manis_my_small