Nama : Norsidayati Binti Mustari
Umur : 35 tahun
Tarikh Lahir : 15 Ogos 1989
Asal : Tawau, Sabah
Status Perkahwinan : Janda
Pendidikan : SPM
Kerjaya : Usahawan
Facebook : NM Bell Mustari
Instagram : bell_mustari
Tiktok : bell_mustari
Website : www.beautyspells.com
Cik Norsidayati Binti Mustari, lebih dikenali sebagai Sis Bell, adalah contoh sempurna perjalanan dari zero to hero. Anak tunggal yang membesar tanpa ibu dan bapa sejak usia lima tahun, Sis Bell dibesarkan oleh mak saudara dan nenek di bandar kecil Tawau, Sabah. Pengalaman membesar tanpa kehadiran ibu bapa menjadikan beliau seorang wanita yang sangat berdikari dan tidak pernah menyerah kepada cabaran.
Meskipun hanya memiliki pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sis Bell tidak pernah berhenti menuntut ilmu. Beliau sentiasa memilih untuk meningkatkan nilai diri melalui pembelajaran berterusan, baik secara formal atau sebaliknya. Keyakinannya bahawa ilmu adalah kunci kepada kejayaan telah mendorong beliau untuk terus belajar dan mengembangkan diri dalam perniagaan untuk fokus pada pembangunan usahawan wanita di bawah bimbingan Sis Bell.
Sebagai wanita dari bandar kecil Tawau, Sabah, Sis Bell beraspirasi membawa jenama Borneo ke hadapan dan merevolusikan industri kecantikan di Asia. Dengan penuh semangat dan dedikasi, beliau berkomitmen memperkasakan usahawan wanita melalui produk pencerah kulit yang berkesan, berkualiti, dan dihasilkan dari bahan yang lembut pada kulit serta mesra alam. Beliau percaya bahawa setiap wanita layak untuk merasakan transformasi yang membangkitkan keyakinan diri dan menyerlahkan sinar dalam diri.
Sis Bell juga berdedikasi membuka peluang pekerjaan dan peluang perkembangan diri kepada generasi muda wanita, memberikan mereka masa depan yang lebih cerah. Melalui pembangunan dan sokongan kepada usahawan wanita, Sis Bell menyediakan teknologi terkini, latihan komprehensif, serta bimbingan dan sokongan berterusan untuk membantu wanita mencapai potensi penuh.
Beautyspells yang diasaskan oleh Sis Bell, berpegang kepada nilai “”berkongsi”” dan prinsip membangunkan perniagaan demi “”berkongsi manfaat serta rezeki””. Dengan keyakinan tinggi, beliau yakin bahawa pendekatan ini akan membawa Beautyspells menembusi pasaran Asia, dengan pengedar dan pengeluar di setiap negara seperti Indonesia, Filipina, Brunei, Bangkok, Vietnam, dan Singapura.
Dari Zero ke Hero: Inspirasi untuk Semua Wanita,
Sis Bell bukan sahaja membangun perniagaan tetapi juga membangunkan wanita-wanita di sekelilingnya. Dengan keazaman yang kuat, beliau membuktikan bahawa asal-usul bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. Sis Bell menginspirasikan wanita lain untuk berani berimpian dan merealisasikan dengan penuh keyakinan.
“From NOTHING to SOMETHING, from NOBODY to SOMEBODY, maybe not TODAY, but definitely SOMEDAY”. Berpegang kepada kata kata ini sepanjang perjalanan dari zero to hero Sis Bell adalah bukti hidup bahawa dengan impian, kerja keras, dan dedikasi, tiada yang mustahil. Dari permulaan yang sederhana di Tawau Sis Bell tekad menginspirasi wanita bahawa setiap cabaran adalah hikmah dan peluang untuk pembangunan diri.
Beautyspells Bersamamu: Menginspirasi dan Berkongsi Rezeki
Sis Bell turut menubuhkan program CSR, Beautyspells Bersamamu, yang mana berkhidmat menyumbang kepada komuniti. Sejak 2020, purata 3-4 kali program ini dianjurkan setiap tahun. Antara program adalah, menyalurkan bantuan keperluan asas kepada 100 keluarga semasa pandemik, bantuan kepada 200 keluarga mangsa kebakaran, serta bantuan alat tulis kepada 100 kanak-kanak. Selain itu, majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya bersama tahfiz dan anak yatim, sambutan ulang tahun bersama 100 anak yatim piatu, lawatan ke rumah orang tua dan bantuan Ramadan kepada 150 keluarga turut dianjurkan.
Program ini bertujuan menginspirasi wanita untuk mencipta kejayaan untuk tetap berkongsi rezeki serta memupuk nilai dalam diri agar tidak melupakan niat asal kejayaan, iaitu berkongsi manfaat dan rezeki, terutama wanita.
Harapan Sis Bell setiap pencapaian akan menjadi inspirasi buat wanita agar berkeyakinan mewujudkan impian tanpa batas. Perjalanan kejayaan mungkin mencabar tetapi menjadi “perasa” buat kisah kita untuk diceritakan kepada generasi akan datang.
IKON bagi Sis Bell adalah satu pengiktirafan yang besar namun akan digalas dengan amanah dan bermaruah untuk menghidupkan perjuangan revolusi kebangkitan wanita merealisasikan kejayaan.
DENGAN KERJASAMA