Nama : Haslinda binti Mohd Fauzi
Umur : 43 tahun
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1981
Asal : Kuantan, Pahang
Status Perkahwinan : Berkahwin
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran
Kerjaya : Usahawan
Facebook : Haslinda Mohd Fauzi
Instagram : linfauzi
Tiktok : lin_fauzi
Website : –
Puan Haslinda Mohd Fauzi lebih mesra dengan panggilan Lin dilahirkan di Jerantut, Pahang. Berusia 43 tahun, beliau merupakan ibu kepada dua orang anak dan anak sulung kepada 4 orang adik beradik. Beliau yang Berkelulusan Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan (Business Administration (Hons) Marketing) di Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Dungun dan kini menetap di Kuantan, Pahang.
Beliau seorang yang berkeyakinan tinggi dan sentiasa positif dalam segala perkara dan bidang yang diceburi. Berusaha keras dan fokus demi mencapai sasaran dan objektif kerjaya dan keluarga.
Dengan minat yang mendalam terhadap bidang makanan dan minuman menjadikan beliau lebih komited dengan perkara yang dilaksanakannya. Bermula pada tahun 2014, beliau telah memulakan perniagaan franchise yang pertama di bawah Syarikat miliknya iaitu Nutrafood Resources Sdn,Bhd. Membawa jenama tempatan terkemuka, The Manhatan Fish Market bertempat di East Coast Mall, Kuantan, Pahang.
Dengan kesungguhan dan pencapaian prestasi yang cemerlang, Nutra Food Resources Sdn Bhd telah dianugerahkan dengan ‘Winner For The Emerging Homegrown Franchisee of The Year 2016 by Malaysia Franchise Association (MFA), dan The Emerging Franchisee of The Year 2016 oleh The Manhattan Fish Market.
Maju selangkah lagi, pada tahun yang sama 2016, Nutrafood Resources Sdn Bhd telah meluaskan perniagaan keluar negara dengan membawa jenama Malaysia The Manhattan Fish Market ke Negara Brunei Darul Salam sebagai Master Franchisee.
Selain dari kerjayanya sebagai seorang usahawan, beliau juga suka dan berminat dengan melakukan kerja-kerja amal dan aktiviti kemasyarakatan seperti memberi bantuan-bantuan keperluan asas dan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kuantan khasnya dan di negeri Pahang amnya. Menyantuni anak-anak yatim dan sekolah-sekolah tahfiz adalah acara yang wajib dilakukan setiap tahun.
Tidak dapat lari dari dugaan dan cabaran perniagaan, dengan kehadiran COVID-19 beliau terpaksa menutup kedua-dua cawangan The Manhattan Fish Market, Kuantan dan Brunei. Berbekalkan dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki, bermula pada tahun 2020 beliau telah Kembali bangkit memulakan semula perniagaan dan kini beliau telah berjaya memiliki 4 buah restoran yang masing-masingnya mempunyai rekabentuk dan konsep tersendiri lagi unik. Sentiasa yakin, positif, inovatif dan bersungguh-sungguh adalah kunci kepada kejayaan sesuatu usaha.
Beliau percaya Wanita yang hebat mampu untuk memberikan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat, mampu untuk memberi inspirasi dan memperkasa diri wanita untuk sentiasa berfikiran positif, inovatif dan kreatif serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan lebih berdaya saing untuk berjaya dan bidang-bidang yang diceburi.
Dan beliau juga yakin jika wanita-wanita ini diberi peluang dan ruang yang adil dan saksama, mereka mampu untuk menjadi penyumbang dan tunjang utama kepada peningkatan ekonomi negara.
DENGAN KERJASAMA