KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
Info
- Latar Belakang
- Penasihat
- Carta Organisasi
- Hubungi Kami
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook

💗 “Satu Bunga, Satu Makna”
Alhamdulillah, syukur atas izin Allah
Selesai sudah program Satu Bunga, Satu Makna sempena Bulan Kesihatan Mental Sedunia dan Hari Kesedaran Breast Cancer 🌷
Setiap senyuman, setiap sekuntum bunga yang kami hulurkan semuanya membawa satu pesan lembut,
Bahawa setiap wanita berhak untuk disayangi, dihargai dan dirai, bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu.
Melihat wajah-wajah yang tersenyum, mendengar cerita kecil mereka tentang kekuatan dan kasih diri
Sungguh, ini bukan sekadar bunga. Ia adalah simbol kasih, penyembuhan, dan kesedaran. 🌹
Terima kasih kepada Pengerusi, Puan Azineeta dan AJK yang terlibat dan juga semua yang hadir yang berkongsi rasa yang menjayakan dan menyokong program ini.
Dan terima kasih buat diri sendiri juga kerana masih memilih untuk terus menyebarkan kebaikan, walau sekecil sekuntum bunga.
💖 Mental sihat, hidup bahagia.
Dengan kasih,
Amal Hayati
#SatuBungaSatuMakna #MentalSihatHidupBahagia #KelabIkonwanitakelantan
#SihatWithMe #ikonmudakelantan
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
#kwimjohor #ikonjohor ... See MoreSee Less
This content isn't available right now
When this happens, it's usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it's been deleted.0 CommentsComment on Facebook
Mengimbau kembali kenangan Anugerah Wanita Ikon 2024/2025... tahniah kepada Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 Dr. Sh Marzety Adibah bt Al Sayed Mohamad dan semua pemenang IKON Negeri... Terima Kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM diatas sokongan kepada usaha memertabatkan wanita kita ini..
Tahun depan.. Anugerah Wanita IKON akan kembali.. bersiap sedialah kepada para Wanita hebat yang ingin menyandang gelaran IKON Wanita...
Farshila Emran
Dato Azie Sheikh Mohd
@ritarudaini
Taman Zety Roses
... See MoreSee Less
This content isn't available right now
When this happens, it's usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it's been deleted.2 CommentsComment on Facebook
Terima kasih & tahniah team Kelab Wanita Ikon Malaysia - KWIM.. Usaha melahirkan Wanita Ikon merupakan titik tolak kepada pemacu memartabatkan wanita untuk terus menjadi dokongan inspirasi melahirkan ramai wanita yg bukan sekadar berjaya tetapi terus menabur bakti kepada masyarakat🥰
kenangan manis
Tujuan Program : Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain..
Tempat : Setiap Negeri (cawangan KWIM)
Pencalonan : 1 Februari 2024 – 31 Mac 2024
Pendaftaran Calon : 1 April 2024 – 30 April 2024
Saringan Awal : Mei 2024
Temuduga Calon : Jun 2024
Pemenang Anugerah Wanita Ikon Peringkat Negeri : Julai 2024
Malam Anugerah Wanita Ikon 2024 : 22 September 2024
Tujuan Program : Mengumpul data jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh iKONprenuer dari Kelab Wanita Ikon Malaysia. Perniagaan anda akan disenaraikan di dalam Aplikasi iKON bertujuan mempromosikan perniagaan anda. Anda juga berpeluang mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi kewangan dengan kadar yang rendah.
Cara Pendaftaran : Isikan Google Form
Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Oktober 2023
Tujuan Program : BURGERNITA adalah satu perniagaan bersepadu yang diwujudkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjalankan perniagaan gerai ‘Burger’ dengan berkonsepkan 50% geran dari Kelab Wanita Ikon Malaysia dan 50% lagi adalah ditanggung oleh peserta sendiri atau dari pinjaman dari institusi kewangan tempatan. Peserta akan diberi bimbingan dan panduan oleh mentor-mentor Kelab Wanita Ikon Malaysia.
Kelayakan : Golongan B40, asnaf atau miskin yang berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah
Cara Penyertaan :
Tujuan Program : Program KWIMPEDULI merupakan salah satu aktiviti KEMPEN ARE YOU OK bertujuan untuk melindungi ahli-ahli KWIM golongan B40 yang mengalami masalah rumahtangga melalui lunas undang-undang dan khidmat guaman PERCUMA supaya hak wanita yang teraniaya dapat dibela.
Kelayakan : Ahli KWIM yang berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah, yang didera emosi, fizikal atau digantung tidak bertali.
Proses Permohonan :
KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.