Latar Belakang KWIM

KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) ditubuhkan pada 2hb September 2015 adalah sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization) yang ditubuhkan oleh pemenang-pemenang serta finalis-finalis Anugerah Wanita Ikon Malaysia, bertujuan untuk pembangunan dan pemerkasaan wanita di seluruh Malaysia tidak kira agama, kaum, adat atau budaya, generasi atau latar belakang mereka.

Visi KWIM

MEMPERKASA WANITA MALAYSIA
Empowering Women Of Malaysia

Misi KWIM

Misi kelab wanita ikon malaysia adalah untuk membantu memperkasakan ekonomi ahli-ahli dengan mewujudkan peluang-peluang perniagaan, perkongsian bimbingan pengetahuan, memberi kesedaran pembudayaan diri dalam masyarakat, mengadakan aktiviti-aktiviti sihat dan memberi kesedaran dalam keselamatan diri dan keluarga.

EKONOMI

Membantu ahli-ahli dalam pelbagai acara dan aktiviti yang boleh meningkatkan EKONOMI mereka bagi mewujudkan golongan wanita yang berdaya saing untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

PENDIDIKAN

Menjadi Idola serta Idealogi yang memberi sumber inspirasi dengan memberi ilmu PENDIDIKAN dan pengetahuan serta bimbingan yang berdaya maju kepada ahli-ahli.

PEMBUDAYAAN

Memberi kesedaran kepada ahli-ahli dalam PEMBUDAYAAN diri mereka dalam masyarakat dengan mengadakan aktiviti-aktiviti agama, kebajikan dan sosial.

KESIHATAN

Menggalakan gaya hidup SIHAT kepada ahli-ahli untuk memangkinkan taraf kehidupan mereka demi kesejahteraan diri mereka, masyarakat dan negara.

KESELAMATAN

Mendedahkan ahli-ahli kepada KESELAMATAN diri mereka sendiri serta keluarga supaya kehidupan mereka menjadi lebih makmur dan tenteram.

EKONOMI

PENDIDIKAN

BUDAYA

KESIHATAN

KESELAMATAN