AHLI JAWATANKUASA KWIM SABAH 2023-2025
NO. PENDAFTARAN : PPM-010-10-02092015-000010
NO. PENDAFTARAN : PPM-010-10-02092015-000010
KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
BIODATA KWIM INDUK
Puan Julindah Ahmad
Umur : 56 Tahun
Tempat Tinggal : Seremban, Negeri Sembilan.
Pekerjaan : Handbag Maker/Crafter
Jawatan sekarang : Pengerusi KWIM Negeri Sembilan
Julindah adalah seorang Handbag Maker/Crafter dan merupakan pemilik Just 80 Creations. Selain dari kerja-kerja membuat beg tangan, beliau juga mahir dalam bidang jahitan iaitu jahitan baju, langsir, cadar dan hasil kraf yang lain. Beg tangan beliau telah terjual di peringkat antarabangsa iaitu United Kingdom, France, United States, Australia, Indonesia dan juga Singapore. Selain dari itu beliau juga telah melatih wanita yang terdiri dari surirumah dalam kerjatangan dan membantu mereka sehingga mereka boleh memulakan perniagaan dan berdiri sendiri.
Beliau juga sangat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan dan pernah menjawat jawatan Setiusaha, Bendahari dan juga Ahli jawatan kuasa dalam beberapa persatuan. Juga sangat aktif dalam PIBG dari tahun 2005 hinggalah sekarang, sebagai YDP KV DUHMS, Rembau. Mula terlibat dengan KWIM sejak 2019 dan menubuhkan KWIM NS pada 2020.
Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di sebuah syarikat swasta di Seremban dan merupakan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari UUM dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di UPTM.
BIODATA KWIM INDUK
Cik Asmah Binti Kadir
Umur : 30 tahun
Tempat Tinggal : Tawau, Sabah.
Pekerjaan : Ahli Perniagaan.
Jawatan sekarang : Penegrusi KWIM Sabah.
Berasal dari Tawau, Sabah dan merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sabah (Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian Sejarah yang kini merupakan pemilik / Pengarah urusan AsmahKadir Empire yang menjalankan perkhidmatan konsultasi dan mengelola progam, pendokumentasian dan konsultasi kewangan yang berdaftar. Penerima Anugerah Wira Belia Covid-19 yang disampaikan oleh Perdana Menteri pada tahun 2020 ekoran aktif memberi bantuan kepada komuniti yang memerlukan bantuan dengan mencari dana sendiri. Beliau yang juga Penerima Wanita Ikon Muda Malaysia giat melaksanakan program berbentuk komuniti dan pendidikan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.