
Siapa Kami
KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
BERITA & ACARA TERKINI

KESELAMATAN | #kwimcare
30 April 2022, Sabtu
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
Pada 28hb April yang lalu bersamaan 26 Ramadhan 1443H, KWIM Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis berbuka Puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim/miskin dari Rumah MawarKu yang bertempat di Seremban.

PENDIDIKAN | #kwimdidik
22 April 2022, Jumaat
SIJIK SKM TAHAP 3 : OPERASI PEMASARAN DAN JUALAN
TAHNIAH kepada ahli KWIM JOHOR yang telah berjaya menamatkan pelajaran Sijil SKM Tahap 3 : Operasi Pemasaran dan Jualan pada hari ini di PRITEC Academy Melaka.
Kelab Wanita Ikon Malaysia – KWIM mensasarkan lebih ramai lagi wanita di Malaysia dapat menaik taraf Pendidikan Peribadi selaras dengan kemajuan perniagaan yang mereka usahakan.
InsyaaAllah, KWIM akan cuba untuk membantu wanita mendapatkan geran pendidikan SKM Tahap 3 secara percuma bagi membantu wanita terus cemerlang dalam bidang pengurusan perniagaan mereka.

KESELAMATAN | #kwimcare
16 April 2022, Jumaat
KAYUHAN SAHUR - NASIONALfm RTM dan KWIM
Program amal berbasikal dari Angkasapuri dan Taman Medan ke Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Taman Medan, Selangor untuk sahur bersama – sama anak yatim dan ibu tunggal.

NEWS | #BreakTheBias
8 Mac 2022, Selasa
SAMBUTAN HARI WANITA 2022

NEWS
10 Jan 2022, Isnin
PENCALONAN ANUGERAH WANITA IKON NEGERI & MALAYSIA 2022
Pencalonan dan Penganugerahan Wanita Ikon peringkat Negeri akan diadakan bermula Januari 2022 untuk mencari wanita yang layak menyandang gelaran βWANITA IKON NEGERIβ yang akan bertanding diperingkat nasional untuk anugerah Kebangsaan βWANITA IKON MALAYSIA 2022β.

KESELAMATAN | #kwimpeduli
4 Jan 2022, Selasa | 9:00-10:00 malam
π‘πππππ ππ‘ππ
Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

KESELAMATAN | #kwimcare
30 Dec 2021, Khamis
KWIMCARE PRIHATIN MISI BANTUAN BANJIR "NASIONALFM AMBIL TAHU"
Misi bantuan banjir gabungan bersama Kelab Wanita Ikon Malaysia, Radio NASIONAL FM, RTM, Quill City Mall Kuala Lumpur, BMW, Hanan Medicare Sdn Bhd, GLAMISS Bigwealthy Global Sdn Bhd & Persatuan Kebajikan Ikhtiar Murni

NEWS
25 Dec 2021, Sabtu
PERKONGSIAN PROGRAM RISE DI KONTI RADIO NASIONAL FM

KESELAMATAN | #kwimpeduli
21 Dec 2021, Selasa | 9:00-10:00 malam
π¦π¨ππ π π§ππ ππππ π‘πππππ
Islam menetapkan suami atau bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Namun masih ramai isteri mengalami masalah pengabaian nafkah malah masih ramai suami/bapa yang culas melaksanakan pemberian nafkah anak sebagaimana diperintahkan mahkamah setelah bercerai.
Bagaimana caranya seorang isteri yang digantung tak bertali menuntut nafkahnya? Dan jika pasangan telah bercerai, apa yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yang tidak menerima nafkah yang sepatutnya seperti yang telah diperintahkan mahkamah?

EKONOMI | #kwimbiz
20 Dec 2021, Isnin
ππ’π πππ§π πππ‘ππππ§ πππππ§ & πππ₯πππ¬π
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi secara global, dan begitu ramai usahawan terkesan tidak terkecuali golongan wanita dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Bagaimana para usahawan wanita dapat bangkit menghadapi cabaran ini?

EKONOMI | #kwimbiz
15 Dec 2021, Rabu
π£ππ₯πππ¦π πͺππ‘ππ§π πππ‘π πππ₯πππ¬π πππ₯π πππ£π¨π₯ π₯π¨π ππ
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi secara global, dan begitu ramai usahawan terkesan tidak terkecuali golongan wanita dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Apakah strategi-strategi untuk membantu memperkukuhkan aktiviti ekonomi golongan ini?

KESELAMATAN | #kwimpeduli
14 Dec 2021, Selasa | 9:00-10:00 malam
πππ¦π¨π§ππ‘ π£ππππ πππ§πππ (ππππ¨ππ₯ππ)
Setiap pasangan berhak untuk bahagia dan hidup dalam rumah tangga yang harmoni, tetapi masih terlalu banyak kes-kes penceraian dan salah satu puncanya adalah hasutan dari pihak ketiga, termasuklah ibu bapa mentua dan ipar-duai.
Sekiranya seseorang suami atau isteri dihasut supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya, apakah tindakan yang sewajarnya diambil?

PENDIDIKAN | #kwimtalk
13 Dec 2021, Isnin | 9:00-10:00 malam
ππππ ππ πππ πππππ ππππππππ
Kaedah PDPR secara dalam talian, mungkin dilihat sebagai cara mudah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dapat diteruskan, ketika sekolah tidak dibuka untuk PDP secara bersemuka, namun kaedah secara ‘off line’ atau luar talian juga mampu memastikan murid atau pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Namun sejauh manakah keberkesanan kaedah pembelajaran atas talian.

EKONOMI | #kwimbiz
10 Dec 2021, Jumaat
MENJANA EKONOMI MELALUI PLATFORM MEDIA SOSIAL
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi secara global, dan begitu ramai usahawan terkesan tidak terkecuali golongan wanita dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Bagaimana para usahawan wanita dapat bangkit menghadapi cabaran ini?

EKONOMI | #kwimbiz
8 Dec 2021, Rabu
TRANSFORMASI SISA DAPUR JANA PENDAPATAN SEISI RUMAH
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu mengakibatkan ketidaktentuan ekonomi secara global, dan begitu ramai usahawan terkesan tidak terkecuali golongan wanita dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Apakah strategi-strategi untuk membantu memperkukuhkan aktiviti ekonomi golongan ini?

KESELAMATAN | #kwimpeduli
7 Dec 2021, Selasa | 9:00-10:00 malam
πππππππππ π ππππππ
Kita selalu membaca kisah sedih isteri menjadi mangsa penderaan suami. Seorang suami yang dianggap sebagai pelindung sanggup menumbuk, menendang dan mengasari isterinya.
Masih ramai wanita hari ini yang terperangkap dalam kes keganasan rumah tangga. Sekiranya seseorang isteri didera, bolehkah dia menuntut cerai di mahkamah?
BURGERNITA


CARE2GETHER
Care2gether adalah kempen CSR KWIM bermula dari bulan September sehingga December 2021.
Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan saluran untuk kumpulan sasar (wanita yang mengalami masalah rumah tangga) bagi mendedahkan pengetahuan dan kesedaran kepada wanita bagi menyelesaikan masalah rumahtangga sekaligus dapat mempertahankan hak-hak mengikut lunas undang-undang sedia ada.
KWIM berkolabrasi dengan Jenama MOELIFE untuk mengutip dana dimana RM3.00 dari setiap jualan produk kesihatan Parctar Life akan di sumbangkan kepada tabung kempen ini. KWIM juga bercadang untuk berkolabrasi dengan Kementerian Wanita, Jabatan Bantuan Guaman dan beberapa Syarikat Guamana Swasta juga pihak media untuk mencapai objektif kempen ini.
KL FASHION WEEKEND 2021
Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) sangat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi amal Kuala Lumpur Fashion Weekend 2021.
Program ini mengetengahkan konsep kolaborasi antara pereka dan penyanyi untuk saling mempromosikan antara satu sama lain. Pameran pendidikan fesyen maya melibatkan institusi pengajian tinggi fesyen juga akan diadakan dalam misi mempromosikan Pendidikan Fesyen di Malaysia.
