BURGERNITA REGISTRATION 2.0

DENGAN KERJASAMA

tmw18

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

Apakah itu Burgernita?

BURGERNITA adalah satu perniagaan bersepadu yang diwujudkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjalankan perniagaan gerai ‘Burger’ dengan berkonsepkan 50% geran dari Kelab Wanita Ikon Malaysia dan 50% lagi adalah ditanggung oleh peserta sendiri atau dari pinjaman dari institusi kewangan tempatan. Peserta akan diberi bimbingan dan panduan oleh mentor-mentor Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Objektif Program Burgernita

  • 1

    Untuk menyediakan satu platfom kepada wanita berpendapatan rendah serta ibu tunggal (B40) dan wanita kurang bernasib baik dari setiap lapisan masyarakat untuk berniaga dan menjana pendapatan untuk diri mereka sendiri serta keluarga mereka dengan misi untuk melahirkan usahawan wanita yang berkeyakinan dan mampan sejajar dengan visi negara.

  • 2

    Untuk membimbing dan melatih para peserta dalam pengetahuan tentang bagaimana untuk memulakan dan menjalankan perniagaan supaya mereka dapat mengurus, menaik taraf atau mengembangkan perniagaan BURGERNITA supaya mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik. Ini akan memberikan hasil berimpak tinggi kepada peserta dan keluarga mereka.

  • 3

    Memberi peluang kepada wanita terpinggir seperti bekas banduan wanita dan lain-lain untuk menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan supaya mereka boleh memulakan kehidupan yang baru.

  • 4

    Mengkomersialkan projek ini sebagai satu peluang perniagaan kepada keseluruhan golongan wanita Malaysia yang bukan sasaran secara berjemaah - memberi peluang kepada wanita yang lain ingin turut serta dalam perniagaan BURGERNITA dengan berkongsepkan pelesenan tanpa fee dibawah satu jenama iaitu burgernita.

  • 5

    Untuk membantu pemberi sumbangan dana (penaja) untuk mempromosikan produk-produk serta perniagaan mereka kepada sasaran pelanggan.

Cara Penyertaan Program Burgernita

PERMOHONAN PENYERTAAN

Permohonan hendaklah dilakukan melalui borang yang disediakan di laman web Kelab Wanita Ikon Malaysia.

TEMUDUGA PESERTA YANG TERPILIH

Perlaksanakan pemilihan peserta dilaksanakan oleh AJK Cawangan Negeri dan KWIM Induk.

MULA BERNIAGA DAN PEMANTAUAN

Pemantauan perniagaan oleh KWIM Negeri dan melaporkan kepada KWIM Induk.

Adakah anda golongan B40, asnaf atau miskin yang berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah? Anda sanggup mengikuti semua program latihan dan menjalankan perniagaan BURGERNITA?

Sila isi borang pendaftaran di bawah: