KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
BIODATA KWIM INDUK
YBhg. Dato Normaziah Sheikh Mohamed
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Jawatan sekarang : Presiden KWIM Induk
Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed, juga dikenali sebagai Dato’ Azie, bukanlah nama yang asing di Malaysia. Pada usia 53 tahun, Dato Azie terkenal dengan kepakaran perniagaannya dan kecekapan dalam menyelesaikan masalah. Dato Azie memulakan perjalanan perniagaannya pada usia yang masih muda, iaitu 25 tahun. Dengan pengalaman yang luas dalam perniagaan, beliau sekarang terlibat dalam dua (2) jenis industri yang berbeza; industri feminin dan industri maskulin.
Sebagai seorang strategis dan usahawan wanita yang berwawasan tinggi, Dato’ Azie adalah satu-satunya wanita di negara ini yang terlibat dalam perniagaan Sistem Piping (Paip dan Peralatan Paip) dalam industri Perkilangan dan Kejuruteraan. Perniagaannya menyediakan perkhidmatan untuk industri Air, Marin, dan Minyak & Gas, bidang yang merupakan perniagaan domain lelaki. Dengan pengalaman selama 23 tahun dalam perniagaan perpaipan ini , beliau menguasai industri ini seperti mengenal telapak tangannya. Beliau juga dikenali sebagai “Wanita Paip” kerana namanya melangkaui industri tersebut.
Di sisi yang lain, Dato Azie juga mempunyai pengalaman lebih dari 32 tahun dalam industri kecantikan. Bersama dengan dua pengasas lain, Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa dan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin, penyanyi nombor satu Malaysia, mereka membina jenama Simplysiti. Sebagai salah satu tulang belakang di sebalik kejayaan jenama Simplysiti, kepelbagaian kemahiran Dato’ Azie tidak dapat disangkal.
BIODATA KWIM INDUK
Che Siti Noraini Nuawi
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Jawatan sekarang : Naib Pengerusi KWIM Induk
Che Siti Noraini merupakan Timbalan Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) dan seorang usahawan berwawasan dalam industri makanan dan minuman. Beliau ialah pemilik Nippon Sushi Group, rangkaian restoran dengan 46 cawangan di seluruh Malaysia.
Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Indiana University Bloomington, Amerika Syarikat, beliau berjaya membina organisasi yang kukuh dan berdaya saing melalui kepimpinan strategik dan inovasi.
Antara pengiktirafan yang diterima termasuk Woman Entrepreneur of the Year (SOBA 2023), Anugerah Ibu Zain – Keusahawanan 2024, Top Entrepreneur Award (Prestige International 2025)
Sebagai pemimpin yang berintegriti dan berjiwa masyarakat, beliau komited memperkasa wanita serta membawa KWIM ke arah pengurusan yang profesional, progresif dan berimpak tinggi
BIODATA KWIM INDUK
Dr. Nur Shasa Ain Abdul Aziz
Dr. Nur Shasa Ain binti Tan Sri Abdul Aziz, Wanita Ikon Wilayah Persekutuan 2022, dan pernah berkhidmat sebagai Biro Kesihatan 2025 di Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM). Beliau ialah CEO, Pengasas dan Pakar Audiologi Eartistic Hearing & Balance Centre yang kini memiliki sembilan cawangan di seluruh Malaysia.
Selain bidang kesihatan, beliau juga penerbit filem dan animasi di bawah Eartistic Entertainment dan Ola & Oli Studios, dengan karya seperti filem “6 Jilake” dan siri animasi “Kembara Utan”. Sebagai penerbit muzik, beliau turut mengasaskan projek “Bangkit!” untuk memperkukuh ekosistem kreatif tempatan dan mengetengahkan bakat baharu.
BIODATA KWIM INDUK
Sarifah Basariah Baharuddin
Sarifah Basariah binti Baharuddin merupakan seorang usahawan dan pengurus berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pembangunan komuniti. Beliau menguruskan Kampung Station, sebuah pusat perkhidmatan komuniti yang menyediakan pembaharuan cukai jalan, khidmat kurier, dan barangan alat tulis.
Dengan latar belakang pendidikan dalam bidang Perakaunan & Kewangan (UiTM, Shah Alam), beliau aktif menyumbang kepakaran dalam program pembangunan dan pemberdayaan ekonomi wanita di bawah Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM).
BIODATA KWIM INDUK
Nor Fadliya Nawi
Nor Fadliya binti Nawi adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (2008) dengan pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang perakaunan termasuk audit dan tax. Bermula sebagai juruaudit di sebuah firma audit di Selangor selama 4 tahun sebelum menceburi sektor corporate sebagai Eksekutif Acc di Zetro Aerospace Sdn Bhd selama 3 tahun. Kerjaya terakhir sebagai Eksekutif Acc di Pigeon (M) selama 3 tahun.
Pada tahun 2019 beralih ke dunia keusahawanan sebagai salah seorang Pengarah di Nippon Sushi hingga sekarang.
BIODATA KWIM INDUK
Intan Shazwani Abdul Ghani
Intan Shazwani Abdul Ghani merupakan graduan daripada Universiti Malaya dalam bidang Kimia Tulen. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Geosains dan telah berkhidmat dalam sektor kerajaan selama 17 tahun.
Sebelum menyertai sektor awam, dan pernah berkhidmat di sektor swasta, iaitu di sebuah kilang oleokimia, yang memberi beliau pendedahan awal dalam dunia industri. Sepanjang kerjaya, beliau berpengalaman dalam menguruskan majlis rasmi dan kursus-kursus melibatkan pelbagai pihak, mengendalikan pengurusan projek secara profesional dan teratur dan bekerjasama dengan agensi serta komuniti, membina jaringan kerjasama yang luas. Dalam masa yang sama, beliau juga meminati bidang seni.
BIODATA KWIM INDUK
Nurul Amira Mohd Zahir
Nurul Amira binti Mohd Zahir yang pernah memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) 2025 merupakan seorang peguam yang mempunyai pengalaman dalam bidang undang-undang sivil dan Syariah, dengan tumpuan khusus kepada urusan hartanah, pentadbiran harta pusaka, undang-undang keluarga Islam, kewangan Islam serta perancangan harta.
Beliau merupakan salah seorang Rakan Kongsi di firma guaman Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co, Kuala Lumpur serta merupakan Perancang Harta Pusaka yang bertauliah dibawah As-Salihin Trustee Berhad
BIODATA KWIM INDUK
Salmi Nadia Mohd Hilmey
Salmi Nadia Binti Mohd Hilmey merupakan seorang usahawan dan pemimpin wanita berinspirasi dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri Teknologi Maklumat (IT). Beliau memulakan kerjaya dalam dunia korporat dan berjaya membina nama melalui pelbagai peranan strategik.
Selepas mencipta kejayaan dalam sektor korporat, beliau mengambil langkah berani menceburi bidang keusahawanan dengan menubuhkan syarikat perundingan IT yang menawarkan solusi digital, inovasi dan khidmat nasihat perniagaan. Beliau juga aktif dalam bidang hospitaliti dengan menguruskan dan menawarkan beberapa Rumah Peranginan (Holiday Home).
Pencapaian beliau diiktiraf apabila menerima anugerah Women Top 50 Career Leadership – Technology 2024.
BIODATA KWIM INDUK
Ying Teng Ng
Ying Teng Ng ialah Ketua Pegawai Pembangunan Produk di SoftMax Technologies dan pengasas bersama syarikat permulaan FinTech Malaysia, Pod. Berkemahiran dalam pembangunan produk teknologi, pengaturcaraan, dan analisis data, beliau berpengalaman memimpin pasukan dalam membangunkan aplikasi mudah alih dan web.
Cekap dalam Python dan AWS, Ying Teng pernah berkhidmat dalam perundingan pengurusan bersama EY Advisory dan YCP Solidiance, di mana beliau mengetuai strategi pasaran untuk syarikat minyak enjin Indonesia ke Australia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and Political Science serta Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Kewangan dari WorldQuant University.
BIODATA KWIM INDUK
Ustazah Siti Annisha binti Anuar
Ustazah Siti Annisha binti Anuar mempunyai perpendidikan Sarjana Al-Quran dan Sunnah, serta Ijazah Sarjana Muda Al-Quran Sunnah minor Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berjawatan selaku Pengarah Urusan Ikon Ummah Training and Consultancy. Penceramah dan pendakwah bebas bertauliah yang memenangi anugerah Daie Muslimah Muda daripada Daie Muda YADIM, serta Pendakwah Muslimah JAIS dan TV Alhijrah.
BIODATA KWIM INDUK
Nurima Aishah binti Zainal Abidin
Nurima Aishah binti Zainal Abidin, pengasas FloristMalaya.com, sebuah jenama yang memfokuskan kepada emotional healing floristry menggabungkan seni gubahan bunga dengan terapi emosi dan nilai kehidupan. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kreativiti, latihan dan keusahawanan wanita, beliau juga merupakan Trainer Bertauliah HRD Corp serta pemegang Sijil SKM Tahap 3 Floristry. Melalui bengkel dan program komuniti, beliau aktif membimbing wanita agar lebih yakin menjana pendapatan melalui seni dan kreativiti. Misi beliau ialah untuk membantu wanita menemui semula ketenangan, keyakinan dan kesejahteraan diri melalui keindahan alam dan sentuhan bunga.
BIODATA KWIM INDUK
Yasmin Binti Aliar
Yasmin Binti Aliar merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah kerajaan. Beliau telah menjadi seorang pendidik selama 24 tahun dan berpengalaman dalam pelbagai bidang dan program kerajaan seperti Program School Transformation dan juga bidang STEM. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi seorang Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah di Shah Alam. Pn. Yasmin juga banyak membantu pihak Jabatan dan Pejabat Pendidikan Petaling di Selangor dengan membuat perkongsian amalan terbaik di peringkat daerah, dan kebangsaan. Pengalaman beliau yang luas dalam bidang pengurusan menyebabkan beliau terpilih untuk menjalani kursus untuk menjadi seorang Guru Besar.
BIODATA KWIM INDUK
Nik Irma Rita binti Nik Shukri
Nik Irma Rita binti Nik Shukri dilahirkan pada 13 Mac 1988 di Machang, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Alor Setar, Kedah. Berkelulusan Diploma Pastri & Bakeri dengan pengalaman luas dalam hotel, restoran, bakeri dan industri katering.
Pada tahun 2014, Rita menubuhkan The Gourmands Caterer yang kini menjadi penyedia katering korporat untuk jenama seperti Huawei, Volvo, KWSP dan TV3. Pernah menjadi main caterer untuk Anugerah Juara Lagu ke-37. Selain bisnes, Rita aktif dalam BNI Malaysia sebagai ahli BNI Perkasa, Region Putrajaya, dan kini berkhidmat sebagai Assistant Growth Ambassador dalam pasukan Regional Leadership. Rita komited membina komuniti dan perniagaan yang berimpak tinggi.
BIODATA KWIM INDUK
Norazida Binti Md Jamil
Norazida Binti Md Jamil Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perkhidmatan awam, dengan kepakaran dalam membantu pelanggan serta memperkasa masyarakat mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial. Aktif membina jaringan kerjasama strategik dan berperanan penting dalam menyampaikan maklumat serta meningkatkan kesedaran di peringkat akar umbi.
Dikenali sebagai individu yang berdedikasi, berintegriti tinggi dan komited dalam memberikan nilai tambah kepada organisasi serta komuniti sekeliling, demi memastikan setiap inisiatif sampai kepada sasaran yang tepat. Seorang yang mudah didekati, berfikiran positif, dan percaya bahawa setiap usaha walaupun kecil mampu mencipta impak yang besar.
BIODATA KWIM INDUK
Mimi Dayana binti Yahya
Mimi Dayana binti Yahya merupakan seorang usahawan yang aktif dalam pelbagai bidang termasuk pusat perkembangan kanak-kanak, spa, restoran dan perancangan perkahwinan. Berpengalaman dalam pelbagai bidang keusahawanan, beliau telah memimpin pelbagai program jaringan dan pembangunan kapasiti usahawan wanita.
Selain itu, beliau merupakan seorang jurulatih bertauliah HRDC dan JPK dengan kepakaran dalam etiket diri, analisis warna, khidmat dan layanan pelanggan serta pembangunan peribadi. Beliau aktif menganjurkan pelbagai bengkel, acara komuniti, dan pelancaran produk yang memberi impak positif kepada peserta dan komuniti sekitar. Pengalaman mengacarakan majlis membolehkan beliau menyampaikan mesej dengan jelas dan memastikan perjalanan program berjalan lancar.
BIODATA KWIM INDUK
Umi Syukarsyh Binti Hardi
Umi Syukarsyh Binti Hardi, 42 tahun, berasal dari Sarawak, merupakan anak sulung daripada empat beradik dan seorang ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 17 dan 15 tahun. Beliau kini berkhidmat sebagai Penolong Operasi Malaysia di Grab, mengurus pasaran Singapura dengan fokus pada perkhidmatan pelanggan yang cekap dan mesra.
Seorang yang gemar membaca novel dan meneroka dunia kulinari sebagai food hunter, minatnya mengajar beliau tentang kepelbagaian budaya dan nilai keterbukaan. Pengalaman dalam komunikasi dan penyelesaian masalah menjadikan Umi seorang wanita yang berdikari, penyabar dan peka terhadap keperluan masyarakat sekeliling.
BIODATA KWIM INDUK
Noorfarhah binti Md Dom
Noorfarhah binti Md Dom mempunyai berpengalaman yang luas dalam PIBG, khususnya dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada pelajar serta sekolah. Dalam kerjaya, beliau ialah seorang usahawan dan pemilik Laguna Laundry di Sungai Besi, di mana beliau mengamalkan konsep Back to Community dengan menjadikan perniagaan sebagai wadah untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Penglibatan aktif beliau banyak tertumpu kepada usaha memperkukuh kebajikan murid, memperbaiki prasarana sekolah serta menggalakkan kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan komuniti setempat. Atas sumbangan dan komitmen berterusan dalam masyarakat, beliau telah menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada tahun 2023 di Istana Negara.
BIODATA KWIM INDUK
Fauziyana Nur Mohamed
Fauziyana Nur Mohamed mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan kepimpinan yang diperoleh dari beberapa bidang kerjaya yang pernah ceburi sebelum ini. Fauziyana juga memperoleh rekod cemerlang dalam mencapai visi dan misi setiap bidang yang diceburi. Fauziyana kini salah seorang Pegawai di dalam Sektor Kerajaan.
Fauziyana juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan pelbagai projek yang di jalankan di dalam KWIM sejak waktu Covid-19 lagi. Pengalaman ini mengajarnya bagaimana mengekalkan semangat kerjasama pasukan serta memberi peluang untuk lebih memahami keadaan dan situasi komuniti Malaysia kini.