AHLI JAWATANKUASA KWIM JOHOR 2023-2025
NO. PENDAFTARAN : PPM-010-10-02092015-000001
NO. PENDAFTARAN : PPM-010-10-02092015-000001
KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
BIODATA KWIM INDUK
Puan Saadiah Binti Ibrahim
Umur : 41 Tahun
Tempat Tinggal : Johor Bahru, Johor
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Jawatan sekarang : Pengerusi KWIM Johor
Saadiah Binti Ibrahim adalah seorang usahawan, pelabur, dan jurulatih HRD Corp yang berfokus pada pemasaran digital, jenama, dan pembangunan insan. Beliau merupakan pengasas Bigwealthy Global Sdn Bhd, GLAMISS Brand, produk MYRATU, Comel Cakes, serta melabur dalam hartanah.
Beliau telah mengambil komitmen dalam pemberdayaan wanita sejak tahun 2010 dengan mengendalikan kelas-kelas kemahiran seperti pembuatan kek, hiasan kek, jualan dan pemasaran dalam talian, jenama, dan pemasaran digital. Pada tahun 2020, Saadiah Ibrahim terlibat dalam NGO dan dilantik sebagai Pengerusi Kelab Wanita Ikon Malaysia Johor (KWIM JOHOR) sehingga kini. Beliau menyediakan sokongan dan aktiviti -aktiviti untuk wanita, terutamanya ibu tunggal dan surirumah tanpa pendapatan.
Pada tahun 2022, beliau membantu 670 usahawan wanita dan golongan yang menganggur untuk meningkatkan kemahiran dalam pemasaran digital melalui “Program Transformasi Wanita Digital”. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan nilai diri wanita dengan menyediakan pengetahuan, kemahiran, dan peluang untuk menghasilkan pendapatan supaya mereka dapat meningkatkan kehidupan mereka ke arah yang lebih selesa dan bahagia.