KRITERIA PENILAIAN

KRITERIA
PENERANGAN
SKOR MAKSIMUM

KELAYAKAN

• Umur & Kewarganegaraan
• Pendidikan & Kerjaya
• Keluarga & Sosial
• Reputasi Baik

(Tidak muflis, terlibat atau tertakluk kepada sebarang tindakan disiplin atau jenayah atau telah melanggar sebarang undang-undang bertulis dan bebas daripada sebarang kewajipan kontrak yang mungkin menghalang daripada menyertai program ini)

30%

IQ/EQ

• Kecekapan dan keupayaan (kemahiran, pengalaman praktikal, dan komitmen untuk melaksanakan sebarang peranan atau tanggungjawab yang diberikan)
• Pendapat mengenai isu semasa/kontroversi di peringkat tempatan dan global
• Bidang minat/kepakaran

30%

CSR

Calon telah terlibat secara aktif dalam sebarang program sukarelawan/organisasi kebajikan ATAU dengan usaha individu

 20%

PERSONALITI

• Ciri fizikal
• Ketekunan & kejujuran
• Kebebasan pemikiran dan keadilan

 20%

BORANG PENILAIAN

PERLAKSANAAN PERTANDINGAN ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024

PENCALONAN WANITA IKON NEGERI 2024

1 Februari - 30 April 2024

PENCALONAN WANITA IKON MUDA 2024

1 Februari - 30 April 2024

TAKLIMAT PENDAFTARAN ANUGERAH WANITA IKON 2024/25

KWIM akan mengadakan satu taklimat secara online tentang Anugerah Wanita Ikon 2024/25 kepada bakal calon sebelum mereka mendaftar untuk bertanding.

Tarikh : 15/5/2024
Masa : 2:30 - 3:30 petang

PENDAFTARAN CALON WANITA IKON NEGERI 2024

15 Mei - 30 Mei 2024

PENDAFTARAN CALON WANITA IKON MUDA NEGERI 2024

15 Mei - 30 Mei 2024

TEMUDUGA & AUDIT CALON- CALON WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA

Temuduga & saringan calon-calon
Perlaksanakan bersama wakil JPW Negeri dan wakil KWIM secara bersemuka.

1 Jun - 30 Jun 2024

PENGUMUMAN PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON NEGERI

Kelab Wanita Ikon akan mengeluarkan surat kepada pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri. Pemenang akan mewakili negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Julai 2024

AKTIVITI CSR WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA

Pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri perlu menjalankan 1 aktiviti amal (CSR) yang divideokan, di mana aktiviti amal tersebut akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada pemenang Anugerah Wanita Ikon 2022 dan Kelab Wanita Ikon Negeri masing-masing.

Video aktiviti amal akan ditayangkan pada sidang media pengumuman pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri.

1 Julai - 31 Julai 2024

SIDANG MEDIA - ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024/25

Sidang media pemgumuman pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri.

Ogos 2024

MALAM GALA - ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024/25

Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain.

World Trade Center, Kuala Lumpur
28 September 2024

AKTIVITI-AKTIVITI PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON

Setiap pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Pemenang Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri, diwajibkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam tempoh 2 tahun sepanjang menyandang gelaran IKON.