KRITERIA PENILAIAN
KRITERIA
|
PENERANGAN
|
SKOR MAKSIMUM
|
---|---|---|
KELAYAKAN |
• Umur & Kewarganegaraan (Tidak muflis, terlibat atau tertakluk kepada sebarang tindakan disiplin atau jenayah atau telah melanggar sebarang undang-undang bertulis dan bebas daripada sebarang kewajipan kontrak yang mungkin menghalang daripada menyertai program ini) |
30% |
IQ/EQ |
• Kecekapan dan keupayaan (kemahiran, pengalaman praktikal, dan komitmen untuk melaksanakan sebarang peranan atau tanggungjawab yang diberikan) |
30% |
CSR |
Calon telah terlibat secara aktif dalam sebarang program sukarelawan/organisasi kebajikan ATAU dengan usaha individu |
20% |
PERSONALITI |
• Ciri fizikal |
20% |
BORANG PENILAIAN
PERLAKSANAAN PERTANDINGAN ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024
PENCALONAN WANITA IKON NEGERI 2024
1 Februari - 30 April 2024
PENCALONAN WANITA IKON MUDA 2024
1 Februari - 30 April 2024
TAKLIMAT PENDAFTARAN ANUGERAH WANITA IKON 2024/25
KWIM akan mengadakan satu taklimat secara online tentang Anugerah Wanita Ikon 2024/25 kepada bakal calon sebelum mereka mendaftar untuk bertanding.
Tarikh : 15/5/2024
Masa : 2:30 - 3:30 petang
PENDAFTARAN CALON WANITA IKON NEGERI 2024
15 Mei - 30 Mei 2024
PENDAFTARAN CALON WANITA IKON MUDA NEGERI 2024
15 Mei - 30 Mei 2024
TEMUDUGA & AUDIT CALON- CALON WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA
Temuduga & saringan calon-calon
Perlaksanakan bersama wakil JPW Negeri dan wakil KWIM secara bersemuka.
1 Jun - 30 Jun 2024
PENGUMUMAN PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON NEGERI
Kelab Wanita Ikon akan mengeluarkan surat kepada pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri. Pemenang akan mewakili negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
Julai 2024
AKTIVITI CSR WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA
Pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri perlu menjalankan 1 aktiviti amal (CSR) yang divideokan, di mana aktiviti amal tersebut akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada pemenang Anugerah Wanita Ikon 2022 dan Kelab Wanita Ikon Negeri masing-masing.
Video aktiviti amal akan ditayangkan pada sidang media pengumuman pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri.
1 Julai - 31 Julai 2024
SIDANG MEDIA - ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024/25
Sidang media pemgumuman pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri.
Ogos 2024
MALAM GALA - ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024/25
Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain.
World Trade Center, Kuala Lumpur
28 September 2024
AKTIVITI-AKTIVITI PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON
Setiap pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Pemenang Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri, diwajibkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam tempoh 2 tahun sepanjang menyandang gelaran IKON.