Tayangan Amal TAKDIR

DENGAN KERJASAMA

TAYANGAN AMAL FILEM ‘TAKDIR’

Satu kolaberasi di antara Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) dengan Rousing Muses Picture Sdn. Bhd. untuk melaksanakan tayangan amal sebuah filem berjudul “TAKDIR”.

Tayangan amal ini akan di laksanakan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia dengan menjual tiket-tiket tayangan dan tajaan-tajaan dari agensi-agensi serta syarikat-syarikat koperat yang lain.

Tayangan ini akan diadakan di 10 negeri terpilih seluruh Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Sabah, Pahang, Kedah, Terengganu, Melaka dan Perak.

Dijangkakan, seramai 600 penonton bagi tayangan unggul yang akan diadakan di Lim Kok Wing Universiti pada 8hb march sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, dan di ikuti dengan sasaran 300 penonton setiap negeri yang di pilih, menjadikan sasaran seramai 2,400 penonton.

Penonton akan berpeluang untuk menyaksikan tayangan yang unggul dan belum pernah di tayangkan di mana-mana pawagam atau stesen televisyen sebelum ini. Filem ini belum pernah lagi di tayangkan di Malaysia atau mana-mana Negara, tetapi telah di senaraikan di pertandingan filem-filem festival antrabangsa seperti Berlin Independent Flim Festival (GERMAN), Nevada Women’s Flim Festival (USA), Bentoville Flim Festival(Geena Devis Institute)(USA), St John Women’s Flim Festival (CANADA), Madrid Asia International Flim Festival(SPAIN) dan Raindance Flim Festival (LONDON)

Sebahagian dari kutipan dari jualan tiket akan di dermakan kepada badan amal yang terpilih bagi tujuan untuk memperkasakan wanita.

SINOPSIS Filem TAKDIR

Filem Takdir adalah sebuah filem yang menjurus kepada kasih sayang dan penyatuan sebuah keluarga yang di uji dengan TAKDIR yang tidak dijangkakan. Peranan seorang suami terhadap isterinya untuk memberi keyakinan kepada isterinya yang sedang melawan kanser ovari adalah sebahagian dalam realiti kehidupan. Perlu adanya kekuatan dalaman seorang wanita untuk melawan kanser tanpa ada rasa takut tentang risiko yang bakal dihadapi.

Mesej filem ini mengupas kasih sayang di dalam sebuah perkahwinan yang di uji dengan masalah kehidupan. Sanggupkah seorang suami melihat penderitaan isterinya dan tanggungjawab seorang suami memastikan rumahtangganya terus kekal bahagia walaupun pelbagai dugaan yang harus dilalui.

Memandangkan kehidupan sekarang ini terlalu banyak berlaku keruntuhan rumahtangga dan kepincangan keluarga, filem ini akan memberi kesedaran kepada isteri-isteri yang berkerjaya, agar tidak mengabaikan rumahtangga demi mengejar kerjaya dan cita-cita semata-mata..

‘TAKDIR’ bakal di lihat akan menggalas dan mengambarkan tentang realiti perjalanan kehidupan sebuah institusi kekeluargaan. Ia bukanlah mengenai sebesar mana dan sehebat mana filem ini digarap, tetapi bagaimana cerita ini dapat di kongsi, di jiwai rohani serta nilai-nilai kehidupan. Menghargai dan dihargai. Oleh sebab itu, filem ini di harap agar lebih di pandang serius dan bukan hanya hiburan semata-mata.