Pencalonan Anugerah Wanita Ikon

logo-awim

KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) ditubuhkan pada 2hb September 2015 adalah sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization) yang ditubuhkan oleh pemenang-pemenang serta finalis-finalis Anugerah Wanita Ikon Malaysia yang terdahulu, bertujuan untuk pembangunan dan pemerkasaan wanita di seluruh Malaysia tidak kira kaum atau agama, adat atau budaya, generasi atau latar belakang mereka.

Bersama tujuh (7) cawangan Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) iaitu KWIM JOHOR, KWIM SELANGOR, KWIM PERAK, KWIM KELANTAN, KWIM NEGERI SEMBILAN, KWIM TERENGGANU DAN KWIM KEDAH, merangkumi 80 orang Ahlí jawatankuasa, kami bersatu hati dalam memperjuangkan matlamat kami dengan berpandukan lima(5) teras, iaitu; Ekonomi, Pendidikan, Pembudayaan, Kesihatan dan Keselamatan untuk ’MEMPERKASAKAN WANITA MALAYSIA’ dengan mewujudkan golongan wanita yang berpengetahuan dan berdaya saing untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih sempurna.


KWIM telah banyak berkerjasama dengan badan-badan Kerajaan, syarikat-syarikat koporat, yayasan-yayasan serta NGO-NGO lain dalam program-programnya yang sangat bermanfaat dan berguna untuk memangkinkan taraf wanita di bandar dan luar bandar demi kesejahteraan diri mereka, masyarakat dan negara.

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

ANUGERAH WANITA IKON NEGERI & MALAYSIA 2022 MEMERTABAT WANITA MALAYSIA UNTUK LEBIH BERKEYAKINAN, BANGKIT MENDEPANI CABARAN.

Salah satu masalah utama yang selalu menghalang wanita untuk lebih maju dalam kehidupan mereka adalah keyakinan diri mereka sendiri. Walaupun mereka mempunyai kemahiran atau kelebihan, namun kadangkala mereka takut untuk menyerlahkan diri mereka menyebabkan mereka tiada peluang untuk berjaya.

Satu program ‘BUAL BICARA IKON’ yang dihostkan oleh Datin Ira Ghani bersama pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri yang akan dilaksanakan melalui aplikasi Facebook Live setiap malam Jumaat sepanjang tempoh program. Program ini diyakini dapat menyuntik semangat serta memberi inspirasi kepada wanita dalam membina keyakinan diri untuk maju dalam kehidupan, keluarga dan masyarakat demi mengatur masa depan mereka yang lebih berkeyakinan dan berketerampilan dalam pembinaan karier atau perniagaan mereka.

Pencalonan dan Penganugerahan Wanita Ikon peringkat Negeri akan diadakan bermula Jan 2021 sehingga Feb 2021, untuk mencari wanita yang
layak menyandang gelaran ‘WANITA IKON NEGERI’ yang akan bertanding diperingkat nasional untuk anugerah Kebangsaan ‘WANITA IKON MALAYSIA 2022’.

Acara kemuncak adalah malam ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2022 yang akan diadakan dengan gemilangnya untuk memartabatkan wanita dalam pencapaian mereka didalam kerjaya, keluarga dan masyarakat. Majlis makan malam Anugerah ini akan diadakan di Kuala Lumpur.

OBJEKTIF ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA NEGERI & MALAYSIA 2022

  • Untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada pencapaian luar biasa seorang wanita yang berjaya bagi membentuk senario sosial budaya dan ekonomi Malaysia.

  • Untuk memertabatkan wanita Malaysia di atas kecermerlang mereka di dalam kerjaya dan kehidupan mereka.

  • Untuk memberi platform bagi wanita yang berjaya ini berkongsi visi dan kisah kejayaan mereka kepada wanita lain supaya yang lain juga boleh berjaya seperti mereka.

  • Untuk memberi inpirasi kepada wanita secara umumnya supaya bersemangat dan memburu cita-cita agar berjaya seperti Wanita Ikon.

  • Membantu wanita untuk lebih berkeyakinan, bangkit mendepani cabaran.

  • Menyediakan satu landasan untuk membina keupayaan melalui penghasilan modal insan kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak semasa dan masa hadapan selaras dengan Misi Nasional.

  • Untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam masyarakat.

  • Bagi mencari pelapis kepada kaum wanita Berjaya sedia ada untuk dijadikan ikon atau mentor kepada wanita lain, terutamanya wanita muda.

  • Untuk menggabungkan wanita Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.

  • Bagi menyatu-padukan wanita Malaysia untuk mendokong sesama sendiri.

MEMPERKASA WANITA MELALUI 5 PILLAR UTAMA

EKONOMI

PENDIDIKAN

PEMBUDAYAAN

KESIHATAN

KESELAMATAN

KATEGORI ANUGERAH

KATEGORI ANUGERAH
JENIS ANUGERAH
PERINGKAT NEGERI
PERINGKAT KEBANGSAAN
ANUGERAH WANITA IKON NEGERI/MALAYSIA PERTANDINGAN
ANUGERAH WANITA IKON MUDA MALAYSIA PERTANDINGAN
ANUGERAH WANITA IKON INSPIRASI (CINA) DICALONKAN
ANUGERAH WANITA IKON INSPIRASI (INDIA) DICALONKAN
ANUGERAH IBU IKON DICALONKAN
ANUGERAH ‘HE FOR SHE’ DICALONKAN
KATEGORI ANUGERAH
JENIS ANUGERAH
PERINGKAT NEGERI
PERINGKAT KEBANGSAAN
ANUGERAH WANITA IKON NEGERI/MALAYSIA
PERTANDINGAN
ANUGERAH WANITA IKON MUDA MALAYSIA
PERTANDINGAN
ANUGERAH WANITA IKON INSPIRASI (CINA)
DICALONKAN
ANUGERAH WANITA IKON INSPIRASI (INDIA)
DICALONKAN
ANUGERAH IBU IKON
DICALONKAN
ANUGERAH 'HE FOR SHE'
DICALONKAN

JANGKAMASA

PERLAKSANAAN PERTANDINGAN ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA

PENCALONAN WANITA IKON NEGERI 2022

1 Januari - 30 Mei 2022

PENDAFTARAN CALON WANITA IKON NEGERI 2022

1 Jun - 30 Jun 2022

PENCALONAN WANITA IKON MUDA 2022

1 Januari - 30 Mei 2022

TEMUDUGA & AUDIT CALON- CALON WANITA IKON NEGERI DAN WANITA IKON MUDA

Temuduga & saringan calon-calon
Perlaksanakan bersama wakil JPW Negeri dan wakil KWIM secara bersemuka dan ‘Online’.

PENGUMUNAN PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON NEGERI

Pengumuman 14 pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri

PENGUMUNAN FINALIS ANUGERAH WANITA IKON MUDA

Pengumuman 8 finalis Anugerah Wanita Ikon Muda

PELANCARAN MEDIA

Untuk meningkatkan kesedaran dengan menjemput media untuk me war-warkan berita tentang Program ini.

FB LIVE TALK SHOW

FB live yang akan dijalankan setiap malam Jumaat, jam 9pm bersama Wanita-Wanita Ikon Malaysia terdahulu & Calon-calon Wanita ikon Negeri yang baru

AKTIVITI WANITA IKON NEGERI DAN FINALIS WANITA IKON MUDA

1 aktiviti yang di videokan untuk di tayangkan pada malam Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022

ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2022

Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memantarbatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain.

AKTIVITI-AKTIVITI PEMENANG ANUGERAH WANITA IKON NEGERI DAN MALAYSIA

Setiap pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri & Pemenang Anugerah Wanita Ikon Malaysia, diwajibkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 3 aktiviti dalam tempoh sepanjang menyandang gelaran IKON.

BORANG PENDAFTARAN CALON

Anda akan ditemuduga semasa proses saringan dan penilaian oleh juri. Sila isikan borang di bawah sebelum 10 Julai 2022.

0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds

ANUGERAH WANITA IKON NEGERI 2022
(umur 31 – 50 tahun)

ANUGERAH WANITA IKON MUDA 2022
(umur 18 – 30 tahun)