Misi & Visi

MEMPERKASA

KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan bertujuan untuk MEMPERKASAKAN golongan wanita di seluruh Malaysia, tidak kira kaum/ agama,adat/ budaya, generasi dan latar belakang mereka :

EKONOMI

Membantu ahli-ahli dalam pelbagai acara dan aktiviti yang boleh meningkatkan EKONOMI mereka bagi mewujudkan golongan wanita yang berdaya saing untuk menikmati kualiti kehidupanyang lebih sempurna.

PENDIDIKAN

Menjadi Idola serta Idealogi yang memberi sumber inspirasi dengan memberi ilmu PENDIDIKAN dan pengetahuan serta bimbingan yang berdaya maju kepada ahli-ahli.

BUDAYA

Membantu ahli-ahli memBUDAYAkan diri mereka dengan mengadakan aktiviti-aktiviti agama, kebajikan dan sosial.

KESIHATAN

Menggalakan gaya hidup yang SIHAT kepada ahli-ahli untuk memangkinkan taraf kehidupan mereka demi kesejahteraan diri mereka, masyarakat dan negara.

KESELAMATAN

Mendedahkan ahli-ahli kepada KESELAMATAN diri bukan sahaja dari segi perlindungn diri, tetapi juga dari segi keselamatan ekonomi dan undang-undang supaya kehidupan mereka menjadi lebih makmur dan tenteram.