KWIM CARE 2020

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

KONGSI REZEKI KWIM

BURGERNITA adalah satu perniagaan bersepadu yang diwujudkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjalankan perniagaan gerai ‘Burger’ dengan berkonsepkan 50% geran dari Kelab Wanita Ikon Malaysia dan 50% lagi adalah ditanggung oleh peserta sendiri atau dari pinjaman dari institusi kewangan tempatan. Peserta akan diberi bimbingan dan panduan oleh mentor-mentor Kelab Wanita Ikon Malaysia.

KONGSI REZEKI

Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki menrangkumi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.

Justeru, setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.

Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada kalangan makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia kembali. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada para malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud, ayat 6)

Kita sendiri dapat menyedari diri tidak berkuasa untuk menentukan sesuatu rezeki itu benar-benar dimiliki melainkan ia bergantung kepada ketentuan Allah SWT.

GALLERY