BIODATA KWIM INDUK
Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz
Umur : 39 tahun
Tempat Tinggal : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Ahli Perniagaan & Audiologist
Jawatan sekarang : AJK Kesihatan KWIM Selangor
Dr Nur Shasa Ain binti Tan Sri Abdul Aziz (Dr Shasa Aziz) ialah pengasas dan Ketua Pakar Audiologi di Eartistic Hearing and Physiotherapy Centre dan Ola & Oli Kids. Beliau menerima Doktor Audiologi (Au.D) dengan kepujian dari NOVA Southeastern University, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat pada 2011 dan Sarjana Muda Audiologi (BSc) pada 2008 dari University College of London (UCL). Dia diperakui oleh American Insititute of Balance (AIB), Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan jurulatih bertauliah Dangerous Decibels.Sehingga kini, Eartistic mempunyai 7 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Semasa dia mengembangkan usahanya dalam Eartistic, dia mengasaskan Ola & Oli Kids dan Kembara Utan untuk melengkapkan bahagian kesedaran, pencegahan dan pemulihan . Impian Dr Shasa adalah untuk menjadi seorang dermawan, beliau telah memulakan beberapa program amal melalui syarikatnya & secara peribadi. Di dalam KWIM, Dr Shasa berimpian untuk menaikkan kesihatan & komunikasi wanita & keluarganya secara menyeluruh. Apabila wanita sihat luar dan dalaman, seluruh keluarga sihat & bahagia.