BIODATA KWIM INDUK
Dr. Aida Firdaus Binti Muhammad Nurul Azmi
Umur : 40 tahun
Tempat Tinggal : Selangor.
Pekerjaan : Pensyarah Kanan UiTM
Jawatan sekarang : Ahli Terus KWIM Induk.
Dr Aida Firdaus MN Azmi merupakan pensyarah kanan Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam dan pengasas kepada syarikat pemula UiTM, Fav Food Industries yang menginovasikan produk makanan berfungsi atas jenama UnaCoffee.
Pada masa yang sama, beliau aktif sebagai perunding industri makanan bagi pembangunan produk makanan baharu, peningkatan kualiti dan jangka hayat makanan serta persijilan Halal. Antara syarikat yang dibantu adalah Bernas (M) Berhad, Kulim (M) Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Trans National Sdn Bhd.
Beliau pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Keusahawanan dan Pengkomersilan di Anugerah Akademik Universiti (AAU UiTM) pada tahun 2022 dan pelbagai anugerah laim. Beliau juga menjadi mentor keusahawanan dan inovasi perniagaan.