BIODATA KWIM INDUK
Puan Hajjah Siti Nurul Hidayah Binti Ishak
Umur : 38 tahun
Tempat Tinggal : Kuantan, Pahang.
Pekerjaan : Peguam Bela dan Peguam Cara, Peguam Syariah, Pesuruhjaya Sumpah
Jawatan sekarang : Pengerusi KWIM Pahang.
Puan Hajjah Siti Nurul Hidayah Haji Ishak ialah WANITA IKON NEGERI PAHANG 2022. Beliau daripada Kluster Undang-Undang Penggubal Dasar Wanita Pahang 2022, memiliki Firma Guaman Sendiri iaitu HIDAYAH ISHAK & PARTNERS sejak 2014, Pengarah HIP Global Sdn. Bhd. dan juga Pengasas Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kasih Hidayah sejak 2023. Beliau memiliki 3 lesen serentak sebagai peguam Sivil, Peguam Syariah dan Pesuruhjaya Sumpah. Kepakaran Puan Hidayah di dalam Undang-Undang Sivil, Korporat Hartanah dan Syariah membuatkan beliau dilantik menjadi Peguam Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau juga aktif dalam memberi ceramah undang-undang di sekitar Negeri Pahang dan secara live di media sosial. Beliau adalah sekretariat Pahang4Palestine dan bergiat secara aktif bersama dengan NGO Aman Palestine dan terpilih menjadi sukarelawan untuk tujuan Misi Kemanusiaan di beberapa buah negara seperti Gaza, Jordan dan juga Syria. Puan Hidayah mahu memberi semangat kepada para wanita di luar sana terutama ibu tunggal untuk mampu berdiri dengan kaki sendiri dan yakin dengan keupayaan diri untuk berdikari. Wanita yang hebat mampu untuk memberikan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat.