BIODATA KWIM INDUK

Puan Ismaniza Fahida Binti Ismail

Umur : 41 tahun
Tempat Tinggal : Alor Setar, Kedah
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Jawatan sekarang : Ahli Terus Induk

Ismaniza Fahida binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Gojes @ CPG merupakan pengasas bagi CPG Cosmetics. Bermula secara kecil-kecilan dan kini produk CPG Cosmetics telah menembusi ke pasaran antarabangsa antaranya Singapura, Brunei dan yang terkini di Filipina. Produk CPG Cosmetics juga telah menerima pengiktirafan bagi pasaran antarabangsa terutamanya di Negara ASEAN.

Beliau banyak terlibat dalam program kemasyarakatan semenjak menjadi seorang guru. Pada Tahun 2022 beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti menjadi seorang guru bagi memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan dan Pertubuhan yang ditubuhkan bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Pertubuhan Cik Puan Gojes Malaysia yang ditubuhkan pada 13 Julai 2022, merupakan pertubuhan NGO yang ditubuhkan bagi membantu masyarakat dengan harapan memberi sinar baru demi kelangsungan hidup.

Seramai 50 orang wanita dari pelbagai latar belakang sebagai surirumah, Ibu Tunggal dan Golongan B40 telah menyertai program ’Mentor Mentee Business Programme with CPG’. Program ini juga dijadikan satu wadah perjuangan bagi CPG untuk membantu wanita untuk meningkat ekonomi dan pendapatan keluarga. Aktiviti Mentor Mentee ini bukan sahaja membantu golongan wanita dari segi jualan produk di platform digital tetapi program ini juga sebagai satu ruang motivasi bagi CPG untuk memberi semangat kepada 50 wanita yang menjadi mentee.