BIODATA KWIM INDUK
Cik Asmah Binti Kadir
Umur : 30 tahun
Tempat Tinggal : Tawau, Sabah.
Pekerjaan : Ahli Perniagaan.
Jawatan sekarang : Penegrusi KWIM Sabah.
Berasal dari Tawau, Sabah dan merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sabah (Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian Sejarah yang kini merupakan pemilik / Pengarah urusan AsmahKadir Empire yang menjalankan perkhidmatan konsultasi dan mengelola progam, pendokumentasian dan konsultasi kewangan yang berdaftar. Penerima Anugerah Wira Belia Covid-19 yang disampaikan oleh Perdana Menteri pada tahun 2020 ekoran aktif memberi bantuan kepada komuniti yang memerlukan bantuan dengan mencari dana sendiri. Beliau yang juga Penerima Wanita Ikon Muda Malaysia giat melaksanakan program berbentuk komuniti dan pendidikan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.