BIODATA KWIM INDUK
Puan Nurul `Ain Abdul Rahim
Umur : 43 Tahun
Tempat Tinggal : Kuala Lumpur.
Pekerjaan : Ahli Perniagaan
Jawatan sekarang : AJK Keahlian Induk
Nurul Ain Abdul Rahim berkelulusan Diploma Sains Komputer (UTM) dan Sarjana Muda Sains Komputer – Software Engineering (UTM), telah mula belajar komputer sejak 1986 dan pengaturcaraan(programming) sejak tahun 1997. Beliau adalah seorang usahawan dalam bidang percetakan & bidang IT yang menyediakan servis membangunkan laman web khususnya e-commerce, menawarkan perkhidmatan pengurusan web, pemasaran digital, dan sistem automasi. Sehingga kini syarikat beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada 150 laman web dan sistem untuk pelbagai jenama terkenal di Malaysia.
Beliau menyertai KWIM sejak 2015 dan memegang jawatan AJK Keahlian serta bertanggungjawab membina dan menguruskan website KWIM. Beliau menyaksikan pelbagai program KWIM sejak awal penubuhan sehingga kini telah membawa perubahan positif dan membantu wanita di Malaysia.