Program & Aktiviti

ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024

Tujuan Program : Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain..

Tempat : Setiap Negeri (cawangan KWIM)

Pencalonan : 1 Februari 2024 – 31 Mac 2024

Pendaftaran Calon : 1 April 2024 – 30 April 2024

Saringan Awal : Mei 2024

Temuduga Calon : Jun 2024

Pemenang Anugerah Wanita Ikon Peringkat Negeri : Julai 2024

Malam Anugerah Wanita Ikon 2024 : 22 September 2024

PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Tujuan Program : Mengumpul data jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh iKONprenuer dari Kelab Wanita Ikon Malaysia. Perniagaan anda akan disenaraikan di dalam Aplikasi iKON bertujuan mempromosikan perniagaan anda. Anda juga berpeluang mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi kewangan dengan kadar yang rendah.

Cara Pendaftaran : Isikan Google Form

Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Oktober 2023

PENDAFTARAN BURGERNITA

Tujuan Program : BURGERNITA adalah satu perniagaan bersepadu yang diwujudkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjalankan perniagaan gerai ‘Burger’ dengan berkonsepkan 50% geran dari Kelab Wanita Ikon Malaysia dan 50% lagi adalah ditanggung oleh peserta sendiri atau dari pinjaman dari institusi kewangan tempatan. Peserta akan diberi bimbingan dan panduan oleh mentor-mentor Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Kelayakan : Golongan B40, asnaf atau miskin yang berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah

Cara Penyertaan :

  • Peserta isi borang pendaftaran
  • Peserta yang terpilih akan ditemuduga
  • Peserta yang layak akan mengikuti program latihan, mula berniaga dan dipantau oleh KWIM Negeri

PENDAFTARAN KWIMPEDULI

Tujuan Program : Program KWIMPEDULI merupakan salah satu aktiviti KEMPEN ARE YOU OK bertujuan untuk melindungi ahli-ahli KWIM golongan B40 yang mengalami masalah rumahtangga melalui lunas undang-undang dan khidmat guaman PERCUMA supaya hak wanita yang teraniaya dapat dibela.

Kelayakan : Ahli KWIM yang berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah, yang didera emosi, fizikal atau digantung tidak bertali.

Proses Permohonan :

  • Pemohon isi borang pendaftaran
  • Pemohon yang terpilih akan ditemuduga sebelum kes dibawa ke peguam
  • Pemohon mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun dan ujian kemampuan dijalankan.
  • Temuduga dan sesi kaunseling oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) atau Firma Guaman yang dilantik dijalankan untuk mengenalpasti isu, remedi dan keperluan pemohon.
  • Permohonan diproses dan diluluskan.
  • KWIM akan membayar fi pendaftaran dan sumbangan guaman.
  • Fail tindakan difailkan ke mahkamah (JBG)

Membership No:

Valid:

Member’s Name:

Membership No:

Valid:

Bike Reg No:

Bike Details:

Emergency Contact Name:

Contact No:

Blood Type:

Allergies:

THIS CARD IS THE PROPERTY OF BMW Motorrad Club Malaysia and the authorised signatory may only use it in accordance with the current condition of use.
www.bmwmcm.my

Make Life A Ride

Tukar Kata Laluan

Kata Laluan Baru*