HARI WANITA ANTARABANGSA 2018

DENGAN KERJASAMA

tmw18

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018

Pada 8 Mac 2018, Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 telah diadakan di Limkokwing University of Creative Technology. Sambutan ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim. Tema bagi Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini adalah Press for Progress. Tema ini dipilih adalah sebagai respon kepada World Economic Forum Global Gender Gap Report yang telah mengukur ketidaksaksamaan gender. Laporan berkenaan telah menemukan bahawa kita telah 200 tahun ketinggalan daripada kesetaraan gender dalam 4 tema utama iaitu peluang dan keterlibatan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan dan pemerkasaan politik. Oleh itu, tema yang dipilih ini diharapkan dapat menggesa pihak untuk bertindak segera bagi mencapai kesetaraan gender.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018 ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Pembanguan Wanita dan di kelolakan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia. Acara program yang padat dengan informasi dan pembangunan, telah diatur dan disusun dengan telilti oleh AJK-AJK KWIM dan Pegawai Tertinggi KPWKM juga JPW. Seramai 280 orang jawatankuasa kerja dari Jabatan Pembanguan Wanita dan Kementerian Wanita terlibat di dalam program ini dan seramai 87 orang pelajar-pelajar university Limkokwing terlibat sama dalam menjayakan program kali ini.

Kehadiran mencatat seramai lebih dari 2000 orang telah hadir pada majlis ini.