GIVE WITH IKHLAS-KWIM 2020

DENGAN KERJASAMA

SUMBANGAN BANTUAN MAKANAN ASAS BERSAMA KELAB WANITA IKON MALAYSIA
DERMA DENGAN IKHLAS & MAHSURI FOOD SDN BHD 

Kelab Wanita Ikon Malaysia telah diberi kepercayaan oleh IKHLAS, jenama baru di bawah AirAsia.com dalam menghulur sumbangan berupa barangan keperluan asas untuk membantu mereka yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik Covid-19.

Fasa pertama telah dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang lalu untuk empat buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor dimana sebanyak 1,100 pek makanan telah disalurkan kepada 1100 buah keluarga.

Usaha yang sama diteruskan untuk fasa kedua, ‘Derma Dengan Ikhlas’ & Kelab Wanita Ikon Malaysia kali ini telah bekerjasama dengan Syarikat Mahsuri Food Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar kicap dan sos makanan buatan Malaysia, projek sumbangan keperluan asas diteruskan lagi untuk empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan 700 lagi penerima bermula dari 12 Jun 2020 hingga 18 Jun 2020.

Di Negeri Kedah, 300 penerima di Langkawi (200 penerima) dan Pendang (100 penerima) dimana kebanyakan penerima ini amat terkesan sejak PKP bermula terutama penerima di Langkawi yang hampir keseluruhannya bekerja dan terlibat dalam industri pelancongan. Mereka hilang punca pendapatan disebabkan tidak dapat menjalankan tugasan atau perniagaan kerana tiada langsung aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi. Pulau Pinang pula menerima 100 Pek makanan.

Selain dari itu, Negeri Kelantan (Kota Bahru) dan Negeri Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Berang) menerima 150 pek makanan setiap negeri berjumlah 300 penerima yang dilaksanakan pada 18 Jun 2020.

Secara keseluruhannya, 1,700 keluarga dari pelbagai komuniti di tujuh buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Kedah (Langkawi), Kelantan dan Terengganu telah menerima bantuan ini yang bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan masyarakat di Malaysia.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti Kicap Manis Pedas Mahsuri, Sos Tiram Mahsuri, Minyak Masak Tumis, Beras, Gula, Tepung, Sardin,Cili Sos, Susu Pekat dan lain-lain di berikan kepada mereka yang hilang punca pendapatan disebabkan tidak dapat menjalankan tugasan atau perniagaan. Program ini juga bukan sahaja membantu orang ramai dengan pemberian barangan keperluan asas, pembelian barangan asas dari kedai runcit tempatan juga diharap akan membantu industri perniagaan runcit tempatan .

“Apabila IKHLAS melantik Kelab Wanita Ikon Malaysia atau KWIM sebagai salah satu persatuan NGO yang bertanggungjawab mengagihkan sumbangan di bawah program DERMA DENGAN IKHLAS atau ‘GIVE WITH IKHLAS’, saya terus berhubung dengan cawangan-cawangan KWIM di negeri-negeri untuk mengenalpasti keluarga yang tinggal di kawasan yang terpinggir dimana kurang mendapat perhatian orang ramai. Mereka ini bukan sahaja dari golongan asnaf atau B40, tetapi kebanyakan mereka adalah peniaga kecil-kecilan, berniaga sendiri yang tidak layak untuk mendapat bantuan kerajaan. Pendapatan mereka terputus oleh kerana PKP sejak 18hb Mac yang lalu dan wang simpanan mereka hanya boleh membeli bekalan makanan untuk keluarga mereka selama sebulan atau dua bulan sahaja. Saya melihat, mereka ini lah yang benar-benar susah dan amat memerlukan bantuan pada masa ini dan kami berharap bantuan ini serba sedikit dapat membantu” Kata Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed yang merupakan Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Ujurnya lagi “Kelab Wanita Ikon Malaysia atau KWIM ditubuhkan untuk memperkasakan wanita terutamanya dalam soal ekonomi, dimana kelab ini sentiasa menggalakkan ahli-ahlinya untuk berkecimpung dalam perniagaan, kerana dengan perniagaan, wanita itu akan beroleh pendapatan dan dapat memperkasakan dirinya sendiri mahupun anak-anak dan keluarga mereka.”

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, ​”Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah berjaya mengutip lebih RM1.2 juta. Walaupun bulan Ramadan telah berakhir, kami masih terus menjalankan aktiviti untuk menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf dan orang yang memerlukan.”

“Kami amat berbesar hati atas sumbangan dan sokongan dari Mahsuri Food Sdn Bhd. Melalui kerjasama dengan Kelab Wanita Ikon Malaysia, dana yang ada telah digunakan untuk mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan bantuan”.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com​, ​atau melalui laman sosial di Instagram ​ikhlasdotcom ​dan Facebook ikhlasdotcom​.