CARE2GETHER

DENGAN KERJASAMA

jbg
sinar
moe

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

CARE2GETHER #kwimpeduli

Care2gether adalah kempen CSR KWIM bermula dari bulan September sehingga December 2021. Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan saluran untuk kumpulan sasar (wanita yang mengalami masalah rumah tangga) bagi mendedahkan pengetahuan dan kesedaran kepada wanita bagi menyelesaikan masalah rumahtangga sekaligus dapat mempertahankan hak-hak mengikut lunas undang-undang sedia ada. KWIM berkolabrasi dengan Jenama MOELIFE untuk mengutip dana dimana RM3.00 dari setiap jualan produk kesihatan Parctar Life akan di sumbangkan kepada tabung kempen ini. KWIM juga bercadang untuk berkolabrasi dengan Kementerian Wanita, Jabatan Bantuan Guaman dan beberapa Syarikat Guamana Swasta juga pihak media untuk mencapai objektif kempen ini.

Objektif Kempen CARE2GETHER

  • 1

    Untuk memberi pendedahan kepada wanita bahawa isu keganasan rumah tangga adalah serius dan perlu diatasi segera.

  • 2

    Untuk memberi pendedahan tentang hak-hak yang boleh dituntut oleh wanita apabila berlaku keganasan didalam rumahtangga.

  • 3

    Menyediakan platform rujukan untuk wanita yang menghadapi masalah rumahtangga.

  • 4

    Untuk memberi kesedaran dan menyeru orang ramai untuk tampil menyertai kempen ini secara langsung atau tidak langsung.

  • 5

    Untuk menghulurkan bantuan guaman bagi kumpulan sasar.

  • 6

    Untuk menyalurkan bantuan kewangan dalam membiayai kos guaman

  • 7

    Untuk memastikan keselamatan wanita dari segi mental, fizikal dan emosi dapat dilindungi kerana wanita adalah teras dalam sesuatu instituisi kekeluargaan.

  • 8

    Untuk memberi pengetahuan kepada masalah (statistik), tujuan kempen dan kerjasama KWIM.

Kumpulan Sasaran

Wanita yang menghadapi masalah rumahtangga dan kehilangan punca pendapatan disebabkan pandemik.

Wanita yang menghadapi masalah rumahtangga terutama yang tidak bekerja.

Ibu-ibu tunggal yang menanggung keluarga dan haknya tidak terbela.

Wanita yang di dera secara emosi

Wanita yang di dera secara fizikal

Wanita yang digantung tidak bertali

Pelaksanaan Program CARE2GETHER

  • 1

    INTERAKTIF SOSIAL MEDIA

    Menggunakan kaedah sosial media secara meluas untuk memberi kesedaran mengenai masalah keganasan rumahtangga di era pandemik dan cara menanganinya dengan menggunakan saluran yang betul.

  • 2

    ’HAND IN HAND SUPPORT’

    Kaedah dapat memberi sokongan secara moral secara terus kepada kumpulan sasar dan memberi sinar harapan untuk semua wanita secara umumnya.

  • 3

    ’WORKING TOGETHER’

    Membantu dan memastikan kumpulan sasar mendapat bantuan yang diperlukan termasuk bantuan guaman bagi menyelesaikan krisis keganasan rumahtangga yang memerlukan perhatian segera.

  • 4

    ’SECOND CHANCE’

    Membantu mencari peluang kedua yang diperlukan dalam kehidupan mereka untuk meneruskan kehidupan agar masa depan mereka dan keluarga dapat dijamin.

Proses Permohonan Program CARE2GETHER

Pemohon mestilah berdaftar dengan Kelab Wanita Ikon Malaysia

Pemohon hendaklah berpendapatan RM3000.00 ke bawah

Pemohon dikehendaki mengisi borang pendaftaran bantuan

DAFTAR SEKARANG

Pemohon akan ditemuduga oleh AJK KWIM sebelum kes dibawa kepada PEGUAM

Pemohon mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun dan ujian kemampuan dijalankan (JBG)

Temuduga dan sesi kaunseling oleh Jabatan Bantuan Guaman atau Firma Guaman yang dilantik dijalankan untuk mengenalpasti isu, remedi dan keperluan pemohon

Permohonan diproses dan diluluskan (JBG)

KWIM akan membayar fi pendaftaran dan sumbangan guaman

Fail tindakan difailkan ke mahkamah

Jika anda mengalami tekanan dalam rumahtangga, tiada siapa yang ambil peduli, tidak tahu apa yang harus dibuat, kami disini akan membantu anda.

PROGRAM TIMELINE

Aug - Sept 2021
Aug - Sept 2021

Create Awareness

  • Find participants & lawyers
  • Create Care2gether video
  • Virtual Press Conference
  • Campaign Posting
  • KWIM & Ustaz Amin Posting & LIVE session
Oct-Dec 2021
Oct-Dec 2021

Create Involvement

  • FB LIVE #kwimpeduli
  • Sesi kaunseling KWIM & Peguam yang dilantik
  • Peguam buka file di mahkamah
  • Radio Interviews
  • Shopee Live stream
  • KWIM & Ustaz Amin Posting & LIVE session
Oct-Dec 2020
Oct-Dec 2020

Execution

  • Second chance
GALLERY