BML WORKSHOP

DENGAN KERJASAMA

logo-EDUCE-NEW

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

APAKAH ITU BENGKEL LATIHAN BML???

KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) dengan gabungan tenaga pengajar dari EDUCE ALCHEMY SDN BHD mereka-bentuk program yang memastikan bahawa kandungan pembelajaran adalah dari standard yang tinggi dan memenuhi keperluan usahawan yang semakin meningkat terutamanya di dalam membangun strategi pemasaran dan komunikasi terutama pada zaman yang amat mencabar dan memerlukan daya saing yang tinggi sekarang ini.

Objektif Program Brand & Marketing Lab

  • 1

    BML akan mengajar anda untuk membina keupayaan perniagaan anda melalui teknik branding dan pemasaran yang betul secara praktikal dan fizikal.

  • 2

    BML akan memberi anda pengetahuan dan pemahaman profesional yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada anda.

  • 3

    BML juga akan mengajar anda untuk mengubah perniagaan semasa anda untuk menjadi “entiti berjenama” yang akan dapat bersaing di pasaran tempatan dan global.

  • 4

    Melalui BML yang sistematik dan strategik ini, anda akan dilengkapi bukan sahaja dengan kemahiran untuk mencipta jenama yang dikenali, tetapi juga dengan bimbingan para Mentor dari Kelab Wanita Ikon Malaysia.

  • 5

    BML akan mengajar anda untuk mengubahsuai produk semasa anda dan seterusnya mencipta jenama baru yang boleh diketengahkan supaya produk anda dapat dibezakan dengan produk pesaing yang lain supaya produk anda dapat bersaing dengan lebih baik

  • 6

    BML akan memastikan kemampanan, ketahanan pasaran dan daya tarikan jenama dengan mendedahkan anda bagaimana untuk melakukan rancangan pemasaran dan komunikasi, seterusnya cara untuk memperkenalkan jenama anda dengan jayanya.

Metodologi Bengkel BML

PROGRAM LATIHAN DAN BIMBINGAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM


BELAJAR DARI COACH-COACH YANG BERPENGALAMAN



KUANTITI PELAJAR YANG KECIL DALAM SATU BENGKEL LATIHAN


PAKEJ TERMASUK PENGINAPAN (HOTEL BERTARAF 3 BINTANG), MAKANAN DAN NOTA LATIHAN