logo-awim-gold-transparent

DR. SHASA AZIZ

WANITA IKON WILAYAH PERSEKUTUAN

Nama : Dr. Nur Shasa Ain Binti Tan Sri Abdul Aziz

Umur : 38 tahun

Tarikh Lahir : 11 Februari 1984

Asal : Kuala Lumpur

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM, Ijazah Kedoktoran Audiologi (Au.D) NOVA Southeastern University, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat, Sarjana Muda Audiologi (BSc) University College of London (UCL)

Kerjaya : Pengasas dan ketua Audiologis di Eartistic Hearing and Balance Centre, Kembara Utan dan Ola & Oli Kids.

Facebook : shasa.aziz

Instagram : shasaaziz

Tiktok : @drshasaaziz

Menarik Tentang Dr. Shasa Aziz:

Dr Shasa Aziz adalah anak bongsu kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Shamsudin, bekas Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Di waktu lapang, Dr Shasa Aziz akan menghabiskan masanya melancong, membuat muzik, menyebarkan kesedaran tentang kesihatan & mendalami perkembangan kanak-kanak.

Dr Nur Shasa Ain binti Tan Sri Abdul Aziz (Dr Shasa Aziz) adalah pengasas dan ketua Audiologis di Eartistic Hearing and Balance Centre, Kembara Utan dan Ola & Oli kids. Beliau menerima Ijazah Kedoktoran Audiologi (Au.D) dengan kepujian dari NOVA Southeastern University, Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2011 dan Sarjana Muda Audiologi (BSc) pada tahun 2008 dari University College of London (UCL). Beliau juga diperakui oleh American Insititute of Balance (AIB), Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan jurulatih bertauliah “Dangerous Decibels”.

Dr Shasa Aziz memulakan perjalanan profesion sebagai pengamal audiovestibular di England. Sejurus selepas beliau menamatkan pengajian sarjana mudanya, hospital pertama beliau berkhidmat adalah Royal Surrey County Hospital, dan setahun selepas itu, beliau berpindah ke Hospital St. Mary’s, hospital yang sama di mana beliau menghabiskan tiga tahun sebagai pelatih sarjana muda. Sekembalinya ke tanah air, Dr. Shasa Aziz meneroka industri pembuatan di Oticon Malaysia, pengeluar Alat Bantu Pendengaran dan AudioVestibular Interacoustics Equipments untuk memahami bidang ini dan pasaran di Malaysia.

Berimpian untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang tersebut, Dr. Shasa Aziz mengasaskan Eartistic Hearing and Balance Centre, bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang pendengaran dan fisioterapi. Sehingga kini, Eartistic mempunyai 7 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Di waktu pandemik, demi membantu kelestarian perniagaannya, beliau melebarkan sayap Eartistic dengan melahirkan Ola & Oli Kids dan Kembara Utan untuk melengkapkan bahagian kesedaran, pencegahan dan pemulihan Eartistic yang telah membawanya ke dalam penerbitan TV. Karya pertama beliau adalah Jom Kembara Utan, sebuah travelog berkonsep realiti dan animasi yang disasarkan untuk kanak-kanak dan disiarkan di TV3.

Dr. Shasa adalah bekas Setiausaha Agung Persatuan Pakar Audiologi Kebangsaan Malaysia (MANSA) dan juga ahli Persatuan Pertuturan dan Pendengaran Malaysia (MASH). Pada masa ini, beliau adalah presiden pro tem Persatuan Alat Pendengaran Malaysia. Baru-baru ini beliau telah dianugerahkan Wanita Waja 2021 oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan 100 “Top Young CEO” 2021.

Dr. Shasa Aziz percaya menjadi Wanita Ikon Malaysia membolehkan beliau meneroka keperluan wanita di Malaysia secara holistik dan membawa beliau selangkah lebih dekat kepada sasaran yang betul dalam mengejar impian dalam mencipta impak kepada masyarakat dan membentuk diri beliau sebagai “change agent” kepada masyarakat. Beliau juga percaya perjalanan ini akan memberikan beliau keyakinan untuk memimpin lebih ramai wanita di Malaysia.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah