logo-awim-gold-transparent

DATIN RITA SOSILAWATI

WANITA IKON NEGERI SELANGOR

Nama : Datin Erni Dekritawati Yuliana Binti Buhari

Umur : 37 tahun

Tarikh Lahir : 14 Julai 1985

Asal : Selangor

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM, DIPLOMA in Art & Design (UITM), DEGREE in Art & Design (UITM), MASTER (MSc) in Management & International Business Nottingham Trent University (NTU) England, UNITED KINGDOM, Doctor of Philosophy (PhD) Candidate in Management International Business University Utara Malaysia (UUM)

Kerjaya : Board of Director di Human Resources Devolopement Fund (HRDF). Memiliki beberapa syarikat iaitu Nouvelle Beauty Centre SDN BHD (kosmetik), EREE INTERNATIONAL SDN BHD (fesyen) dan WAK’S PEYEK EMPIRE (makanan)

Facebook : ritadatososilawati

Instagram : rita_sosilawati

Tiktok : @ritasosilawati

Menarik Tentang Datin Rita Sosilawati:

Datin Erni Dekritawati Yuliana Binti Buhari atau lebih dikenali umum sebagai “Datin Rita Sosilawati”, merupakan isteri kepada Datuk Khamarulazlan bin Mohamad Hanafiah. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Seorang yang ceria namun tegas dan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan. Wanita yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Anak sulung daripada 6 beradik, sekaligus menggalas tanggungjawab keluarga selepas kematian ibu, Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya. Mendapat pendidikan awal di SMK Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang Seni Reka Tekstil di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Nottingham Trent University (NTU) England, United Kingdom dalam bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa. Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. yang mengetengahkan jenama Nouvelles Visages (NV). Sejak Ogos 2010, berbekalkan pengalaman yang kukuh dalam industri kosmetologi serta berpengetahuan tentang trend kosmetik, kecekalan dan semangat kental yang kuat beliau menyahut cabaran yang ada dan mengambil alih legasi perniagaan ibu yang telah mempunyai 50 stokis dan 500 agen seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Beliau mengemudi jenama Nouvelles Visages dengan stabil dan jayanya sehingga ke hari ini. Kini Nouvelles Visages (NV) telah mencapai usia 28 tahun.

Datin Rita Sosilawati adalah seorang Graduan yang cemerlang serta aktif dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di zaman UiTM dan seterusnya merangkul beberapa anugerah antaranya “ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM 2006”, “ANUGERAH PERLAJAR TERBAIK FINAL YEAR 2006”, “ANUGERAH GRADUAN TERBAIK KEPIMPINAN 2006” dan “ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN 2006”. Berbekalkan asas seni yang kukuh sememangnya menjadi batu loncatan untuk beliau menceburi bidang industri fesyen kreatif. Bersandarkan minat dan ilmu yang ada dari zaman universiti lahirlah jenama VICTORIA SLOANE . Kini, beliau merupakan Creative Director jenama VICTORIA SLOANE sejak 2016. Victoria Sloane adalah jenama aksesori Malaysia yang memfokuskan produk pada tas tangan wanita. Jenama ini hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian dan seterusnya menjadi antara “top 5” jualan yang tertinggi dalam bidang fasyen di dalam platform Shopee Malaysia.

Semasa dunia merasa impak yang sangat kuat dek kerana pandemik melanda tahun 2020-2021 serta mengakibatkan peniagaan jatuh, beliau menyahut cabaran untuk menceburi industri F&B dengan membawa jenama WAK’S PEYEK. Wak’s Peyek adalah sebuah restoran berkonsepkan makanan jawa dan mengetengahkan resepi turun temurun keluarga beliau. Bermula dengan mewujudkan “central kitchen” semasa “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)”. Kini, WAK’S PEYEK bertapak dan mempunyai restoran di Publika, Solaris Dutamas serta merangka untuk membuka beberapa lagi rangkaian cawangan di beberapa negeri di seluruh negara.

Tidak terhenti disitu, beliau mengatur langkah dan mencabar keperibadian beliau dengan menerima tawaran lantikan untuk menjadi “AHLI LEMBAGA PENGARAH” di HUMAN RESOURCES DEVELOPMENT CORPORATION atau lebih dikenali sebagai (HRDCORP) iaitu salah sebuah syarikat GLC di Malaysia sejak Mei 2020 sehingga ke hari ini. Semasa zaman pandemik, beliau adalah salah seorang yang bergerak bersama HRDCORP dan kerajaan melalui inisiatif PENJANA bagi membantu mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik. Program ini membantu 100,000 peserta dan menyediakan hampir 40,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan .

Berbekalkan semangat keusahawanan yang tinggi beliau telah menyampaikan lebih 150 ceramah motivasi di dalam bidang keusahawan seluruh negara termasuk agensi kerajaan, agensi swasta, IPTA, IPTS, Televisyen, Radio dan ditemu ramah pelbagai platform media-massa atas kejayaan beliau.

Kejayaan dan kegigihan serta ilmu yang ada, beliau telah diiktiraf dengan anugerah yang diterima sepanjang penglibatan beliau dalam bidang keusahawan.

2015 – beliau telah dianugerahkan sebagai “60 Wanita Inspirasi NONA” oleh majalah NONA. 2016- beliau dianugerahkan sebagai “ASIA PACIFIC WOMEN ENTERPRENEUR 2016/2017”.

2016 – beliau dilantik sebagai “Adjunct Professor” untuk Kolej Universiti Poly-tech Mara (KUPTM).

2017 – beliau dianugerahkan sebagai “THE MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTERPRENEUR AWARDS” 2018- beliau dilantik sebagai “SHOPEE CELEBRITY SQUAD” oleh Shopee Malaysia

2022 – beliau dianugerahkan sebagai “EXCELLENCE ACHIEVEMENT AWARD IN BEAUTY & COSMETIC INDUSTRY 2021/2022

2022 – beliau dilantik menjadi “RAYA AMBASSADOR” OLEH E.S.H. Electrical Sdn. Bhd.

Beliau ingin menjadi inspirasi dan memberi aspirasi kepada kaum wanita di luar sana untuk tidak takut bermula di usia yang muda kerana beliau percaya wanita adalah tonggak kejayaan sebuah organisasi dan tunjang kepada sesebuah institusi keluarga. 

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah