logo-awim-gold-transparent

NIKKY

WANITA IKON NEGERI PERAK

Nama : Cik Naziah Binti Pir Khan

Umur : 39 tahun

Tarikh Lahir : 9 April 1983

Asal : Perak

Status Perkahwinan : Bujang

Pendidikan : Diploma

Kerjaya : Usahawan & ‘Business Coach’

Facebook : nikky.pirkhan

Instagram : nikkypirkhan

Tiktok : @nikkypirkhan

Menarik Tentang Nikky:

Naziah Binti Pir Khan atau lebih dikenali dengan panggilan Nikky memulakan kerjaya sebagai seorang beauty & spa konsultan bermula 2001, sehingga kini melatih ribuan usahawan diseluruh Malaysia dalam bidang keusahawanan sebagai Master Trainer. Tutur bicara yang lembut namun penuh ketegasan untuk memastikan semua wanita mempunyai matlamat dan hala tuju yang cemerlang.

Anak bongsu dari 11 orang adik beradik yang hampir kesemuanya menjalankan perniagaan adalah menjadi pendorong utama beliau, wanita berdarah kacukan Pakistan ini merupakan anak jati Perak bergiat aktif dalam NGO sebagai Pengerusi Spa Perak & Timbalan Presiden Spa Malaysia, beliau ditauliah sebagai Pakar Industri Negara dan dilantik sebagai panel penasihat, sering dipertanggungjawabkan oleh agensi-agensi dalam membimbing wanita dalam program2 keusahawanan. Berperanan sebagai business coach & berpegang kepada prinsip bahawa peningkatan yang ingin dilihat bukan semata2 dalam pendapatan namun yang utama adalah peningkatan dalam kualiti kehidupan.

Menjadi Ikon membawa satu amanah dan tanggungjawab besar dengan satu niat agar menjadi inspirasi kepada semua wanita sehingga ke akar umbi agar terus berusaha tanpa menoleh kebelakang, menjadi insan berkualiti, berjaya dunia dan Akhirat.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah