logo-awim-gold-transparent

DR. LINDA

WANITA IKON NEGERI PULAU PINANG

Nama : Dr. Norhaslinda Bt Mat Hassin

Umur : 47 tahun

Tarikh Lahir : 10 Mac 1975

Asal : Pulau Pinang

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM (Maktab Rendah Sains Mara Jasin), Sarjana Muda Pembedahan dan Perubatan (MBBS) Universiti Malaya & Sarjana dalam bidang AntiAging, Perubatan Estetik dan Perubatan Regenerasi di UCSI Malaysia

Kerjaya : Ketua Pegawai Eksekutif di Skyhill Clinic.

Facebook : hussin.linda

Instagram : drlindamathassin

Tiktok : @drlindadrhormon

Menarik Tentang Dr. Linda:

Anak pertama daripada 4 adik beradik ini lebih dikenali sebagai Dr Linda, dilahirkan di Pulau Pinang dan dibesarkan di Petaling Jaya Selangor dalam keluarga yang sederhana. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak yang sudah meningkat remaja. Dugaan hidup bukan penghalang kejayaan untuk Dr Linda, anak kepada peniaga kantin sekolah melalui kemiskinan hidup menuntut beliau membantu dengan membuat kuih muih melayu namun tetap menumpukan pelajaran sehingga ke Menara gading.

Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara dengan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau mendapat tempat di Asasi Sains di Universiti Malaya dan meneruskan pengajian sehingga peringkat Sarjana Muda Pembedahan dan Perubatan (MBBS). Pada tahun 2011, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang AntiAging, Perubatan Estetik dan Perubatan Regenerasi di UCSI Malaysia. Dalam masa yang sama beliau mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang doktor terlatih dalam bidang Hormon Terapi Lanjutan daripada Bapa Hormon iaitu DR Therry Herthoge, Belgium.

Titik permulaan untuk mendalami ilmu perubatan penuaan sihat ini bermula apabila beliau sendiri mengalami pengalaman kesihatan yang buruk iaitu masalah alahan berpanjangan malah kesihatan Ibu Ayah yang merosot. Tahun demi tahun, beliau terdedah kepada tekanan kerja, pendedahan toksin persekitaran, gangguan hormon malah pemakanan tidak seimbang. Tercetus ilmu terbaharu, penyelidikan terkini, telah memberi peluang untuk menikmati kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik, panjang umur atau awet muda serta kenikmatan beribadat, bertenaga seiring penggunaan ubatan moden paling minima ini. Hingga kini,beliau telah dapat membantu lebih ramai pesakit Wanita dan lelaki malah keluarga untuk kekal sihat dan lebih bermakna kerana kegembiraan yang dikecapi. Kini, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Skyhill Clinic.

Beliau aktif memberi ceramah kesihatan disekitar Selangor dan Kuala Lumpur kepada beberapa badan korporat seperti Telekom Malaysia, Unilever SDn Bhd, Petronas, Tenaga Nasional, Sapura Sdn Bhd, Media Prima, dan banyak lagi malah petah memotivasi masyarakat dan Wanita khususnya untuk mencapai matlamat kesihatan yang optima. Beliau juga aktif dalam beberapa aktiviti kebajikan seperti aktiviti menyantuni masyarakat Islam Kemboja melaksanakan Ibadah Qurban, sambil bergotong royong memasak juadah kegemaran berasakan daging lembu dan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk miskin disana and juga terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa banjir.

 

Beliau ingin mengalas pemenang Wanita Ikon Malaysia 2022 kerana beliau ingin memperjuangkan satu perkara iaitu meningkatkan tahap kesihatan Hormon Wanita di Malaysia. Gangguan hormon adalah isu sering yang diperkatakan oleh Wanita itu sendiri, namun Wanita Malaysia masih tidak berpeluang untuk menjalani pemeriksaan darah hormon masing masing seperti mereka lakukan pemeriksaan tahap kesihatan setiap tahun kerana tahap kesedaran yang masih rendah untuk pemeriksaan hormon . Gangguan hormon dan emosi adalah sangat berkait rapat, apabila Wanita alami tekanan berpanjangan, kesedihan melampau, stres di tempat kerja mahupun di rumah, hormon Wanita akan terganggu malah memberi impak kepada kesihatan badan Wanita itu sendiri seperti berat badan meningkat, jerawat & jeragat, kulit kusam, susah tidur malam, rambut gugur malah keletihan melampau, susah fokus, dan lebih merisaukan penyakit kanser. Punca utama adalah ketidakstabilan atau gangguan hormon Wanita yang boleh kita bendung diperingkat awal.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah