logo-awim-gold-transparent

HIDAYAH ISHAK

WANITA IKON NEGERI PAHANG

Nama : Hajjah Siti Nurul Hidayah Binti Haji Ishak

Umur : 37 tahun

Tarikh Lahir : 13 Disember 1985

Asal : Pahang

Status Perkahwinan : Ibu Tunggal

Pendidikan : SPM (Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah), Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-undang (Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Universiti Utara Malaysia)

Kerjaya : Peguam Sivil, Peguam Syariah dan Pesuruhjaya Sumpah.

Facebook : siti.hidayahishak

Instagram : snhidayahishak

Tiktok : @hidayahishak85

Menarik Tentang Hidayah Ishak:

Puan Hajjah Siti Nurul Hidayah Binti Haji Ishak memiliki 4 orang cahaya mata. Berlatarbelakang anak yatim sejak kecil dan kehilangan ayah sewaktu karier meningkat menjadikan beliau matang dan berdikari. Puan Hajjah Hidayah adalah daripada Kluster undang-undang penggubal Dasar Wanita Pahang 2022, memiliki Firma Guaman Sendiri HIDAYAH ISHAK & PARTNERS sejak 2014. Beliau memiliki 3 lesen serentak sebagai peguam Sivil, Peguam Syariah dan Pesuruhjaya Sumpah. Beliau juga bergiat aktif memberi ceramah undang-undang di sekitar Negeri Pahang dan secara live di media sosial.

Beliau bergiat aktif didalam kepimpinan kampus menyandang jawatan sebagai Timbalan Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar dan Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang wanita Pertama di universiti Utara Malaysia. Selain itu beliau juga Adalah pendebat Bahasa Melayu beberapa kali mewakili universiti di peringkat kebangsaan.

Puan Hajjah Hidayah turut aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan dan sering turun padang memberi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan seluruh daerah di negeri Pahang seperti memberi bantuan keperluan asas dan makanan.

Beliau juga adalah setiausaha Sekretariat Pahang4Palestine, sebuah sekretariat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi mengutip sumbangan untuk disampaikan ke Gaza Palestin akibat daripada peperangan. Beliau berjaya membuat kutipan jumlah yang besar dalam tempoh singkat dan beberapa kali ke Palestin dan kem Pelarian Palestin bagi tujuan Misi Kemanusiaan.

Puan Hajjah Hidayah mahu memberi semangat kepada wanita-wanita diluar sana untuk mampu berdiri dengan kaki sendiri dan yakin dengan keupayaan diri untuk berdikari. Wanita yang hebat mampu untuk memberikan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat. Beliau mahu beri kesedaran kepada ramai ibu tunggal di luar sana kerana beliau sendiri telah melalui keadaan itu, untuk terus majukan diri di dalam perniagaan kepada mereka yang sebelum ini suri rumah dan melibatkan diri bersama dengan masyarakat agar tidak terlibat dengan masalah kemurungan.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah