logo-awim-gold-transparent

DR. WANI

WANITA IKON NEGERI SEMBILAN

Nama : Dr. Nur Syazwani Binti Hj Mohd Jani

Umur : 32 tahun

Tarikh Lahir : 19 Januari 1990

Asal : Negeri Sembilan

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SMKA SHAMS dan SBPIJ, Mansoura University Egypt ( MBBCH), UTM (Master Occupational Safety and Health)

Kerjaya : Doktor dan Usahawan. Memiliki Dr Nur Family Sdn Bhd,  DrWaniGold & DrWaniProperty

Facebook : dealovawanigurl

Instagram : doc_wani

Tiktok : @dr_wani

Menarik Tentang Dr. Wani:

Nur Syazwani Bt Mohd Jani atau mesra dipanggil dalam kalangan pesakit nya Dr Syazwani menamatkan pengajian di dalam medical degree di Universiti Mansoura pada tahun 2015. Memulakan kerjaya sebagai Medical Doctor di Hospital Tunku Jaafar selama 2 tahun. Kemudian beliau meneruskan khidmat di Klinik Kesihatan (KK) Rasah, Hospital Selayang dan Hospital SJMC.
Kerana minat yang mendalam dan berwawasan tinggi, beliau meneruskan pengajian dalam Masters Occupational Safety And Health di UTM, dan berjaya menamatkan pengajian pada Jun 2022.

Anak ketiga dari 6 orang adik beradik dan 3 orang darinya merupakan doctor membuatkan beliau lebih semangat dan tegar untuk terbang lagi jauh, dan kini membuka syarikat sendiri agar dapat membantu lebih ramai pesakit.
Beliau banyak membantu pesakit khususnya wanita yang mengalamai masalah mental health terutamanya depresi dan masalah rumahtangga akibat tekanan hidup tanpa pendapatan disebabkan pandemik.

Bapanya seorang pesara guru banyak memberi dorongan dalam membentuk siasah dan peribadi, menjadikan beliau bergiat aktif dalam aktiviti masyarakat setempat dan sering dilantik untuk memberi ceramah motivasi, juga ceramah kesihatan. Sebagai seorang usahawan medikal, beliau juga terlibat dalam urusan negara dengan memberikan vaksin secara percuma di seluruh negara khususnya di PWTC yg berjaya mengvaksinkan lebih dari 2 juta penduduk pada awal Covid tempoh hari.
Ibunya pula seorang pesara akauntan menjadi pendorong utama beliau dalam menaikkan ekonomi diri, keluarga seterusnya masyarakat. Ibunya yang merupakan idol hartanah, membuatkan beliau bergiat aktif membantu anak muda dalam membeli rumah murah dan cara untuk mengembangkan pelaburan.

Beliau merupakan director kepada syarikat-syarikat beliau sendiri, Dr Nur Family bergiat aktif dalam menjaga kesihatan pesakit, beliau adalah doctor di klinik beliau sendiri, U.N.I Klinik Seremban; manakala DrWaniGold menjalankan perniagaan trading emas online dan offline dan banyak membantu wanita-wanita terutamanya surirumah dalam mencari pendapatan tambahan, dan juga DrWaniProperty , mengajar anak muda membeli rumah seawal umur 25 dan mempunyai beberapa homestay sekitar Senawang, Seremban dan Puchong.

Beliau sering dipertanggungjawabkan oleh agensi-agensi dalam membimbing usahawan agar terus berjaya. Beliau berpegang pada prinsip bahawa wanita perlu kuat dari segi ekonomi dan jati diri, wanita perlu punyai duit sendiri, agar tidak dipandang enteng dikemudian hari. Wanita perlu kuat dari segi pendidikan, ekonomi, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan dengan menjadikan wanita yang berpengetahuan dan berdaya saing untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih sempurna.

Menjadi ikon wanita merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang besar dalam memperkasakan wanita tidak kira kaum atau agama. Beliau ingin menjadi inspirasi kepada wanita agar menjadi lebih berkeyakinan, bangkit hadapi apa jua cabaran yang datang, agar terus cemerlang dan berjaya dalam kehidupan.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah