logo-awim-gold-transparent

MAZVIN

WANITA IKON NEGERI MELAKA

Nama : Mazvin Binti Jahabardeen

Umur : 40 tahun

Tarikh Lahir : 15 Mac 1982

Asal : Perak

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM & BTEC HND BUSINESS INFORMATION TECHNOLOGY IUCTT (UWCN, UK)

Kerjaya : Centre Manager/Chief Executive Kolej Cosmopoint Melaka

Facebook : mazvin.jahabardeen

Instagram : mazvinjahabardeen

Tiktok : @mazvinjahabardeen

Menarik Tentang Mazvin:

Tangan yang menghayun buaian juga mampu mengongcang dunia sekiranya diberi peluang. Pendidikan merupakan senjata utama bagi seorang wanita yang mempunyai kuasa untuk membentuk dan mengubah masa depan seseorang individu. Menyedari kepentingan tersebut seorang wanita telah bernekad untuk menjadikannya sebagai satu misi bagi menerapkan pendidikan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita baik dari konteks formal atau tidak formal.

 

Wanita yang dilahirkan pada 15 Mac 1982, anak kedua daripada 4 orang adik beradik ini merupakan graduan BTECH HND Business Information Technology IUCTT, UWCN, UK, London. Kini beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Master, dalam bidang pendidikan di UNITAR International University. Beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama 18 tahun, memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah kini merupakan Ketua Eksekutif / Pengurus bagi Kolej Cosmopoint Melaka dan Head of UNITAR International University, RC Melaka.

 

Wanita berwibawa ini telah menjadi pelopor kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat khususnya dalam perjuangan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran. Selain itu, beliau juga sering giat aktif dalam pertubuhan sukarelawan serta aktiviti kemasyarakatan. Beliau sering digelar ‘all rounder’ kerana minatnya terhadap aktiviti kemasyarakatan tidak pernah mengenal had atau limitasi. Mahupun kelainan upaya atau berusia, Puan Mazvin tidak pernah melihat perbezaan dalam memberikan dorongan dan bimbingan bagi mereka yang memerlukan sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian

 

Mengenal potensi dan keprihatinan beliau, pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat pada Hari Keputeraan ke-67 D.Y.M.M Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan salah seorang delegasi wanita yang diberi peluang bagi mengikuti ‘Women Delegation Seminar’ di Chennai, India.

AWIM merupakan sebuah platform bagi beliau untuk meneruskan perjuangan serta menjadi inspirasi kepada kaum wanita agar sentiasa menuntut ilmu tidak kira usia, status sosial atau keterbatasan ekonomi. Beliau bermatlamat untuk menjadi medium penyampaian pendidikan yang berkesan untuk membantu pemerkasaan wanita sebagai kunci pembinaan negara.

Wanita diciptakan istimewa . Tetap kental walau nyaris menyerah, tetap sabar walau ingin mengeluh, tetap kuat walau hampir jatuh’.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah