logo-awim-gold-transparent

NAJIHA SULAIMAN

WANITA IKON NEGERI KELANTAN

Nama : Noor Najiha Bt Sulaiman

Umur : 40 tahun

Tarikh Lahir : 27 Ogos 1982

Asal : Kajang, Selangor

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM (SM Teknik Besut, Terengganu), Certificate in Building Services, POLIMAS Jitra Kedah, Diploma in Building Services, Politeknik Shah Alam & Bachelor’s Degree of Civil Engineering (Building) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor

Kerjaya : Jurutera Awam, Kontraktor G7 dan G5 (SD Realty Sdn Bhd) dan usahawan bisnes atas talian

Facebook : noornajiha.sulaiman

Instagram : najiha_sulaiman

Tiktok : @najihasulaiman696

Menarik Tentang Najiha Sulaiman:

Anak sulung dari 5 adik beradik ini telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata. Ibu beliau merupakan guru pencen dan bapa beliau adalah seorang kontraktor.

Beliau mempunyai tahap motivasi yang tinggi, mungkin kerana telah menempuhi pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan seterusnya menjadikan beliau seorang wanita yang kental dan boleh berdiri sebaris dengan kontraktor lelaki yang lain di Kelantan dan Malaysia.

Beliau ingin menjadi Wanita Ikon Malaysia 2022 kerana ingin menjadi sumber inspirasi kepada wanita di luar sana untuk sama-sama berjuang dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa. Beliau juga ingin memperkasakan wanita menjadi wanita yang kuat dari segi mental dan fizikal.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah