logo-awim-gold-transparent

CIK PUAN GOJES

WANITA IKON NEGERI KEDAH

Nama : Ismaniza Fahida binti Ismail

Umur : 40 tahun

Tarikh Lahir : 16 April 1982

Asal : Baling, Kedah

Status Perkahwinan : Berkahwin

Pendidikan : SPM, Diploma Perguruan & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Kerjaya : Usahawan & Guru (2004 – 2022). Pemilik beberapa perniagaan iaitu Cik Puan Gojes Enterprise, Fantabulous CPG Skincare & CPG Cosmetics.

Facebook : cpgcosmeticsmalaysia

Instagram : cik.puan.gojes

Tiktok : @cikpuangojes

Menarik Tentang Cik Puan Gojes:

Asal Kampung boleh berjaya!. Anak jati kedah yang dibesarkan di Baling ini pernah melalui kehidupan susah pada zaman kanak-kanak, ianya menjadi pendorong untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Sebagai anak sulung dalam keluarga, CPG telah mula berniaga makanan bersama ibu semenjak sekolah rendah lagi. Niat untuk berkecimpung dalam bidang bisnes bukan sahaja untuk memajukan diri tetapi turut diiringi dengan niat membantu mereka yang susah dan memerlukan bantuan.

Produk Penjagaan Kulit FANTABULOUS CPG SKINCARE menawarkan harga mampu milik di Malaysia telah dipasarkan pada tahun 2013. Hasil revolusi daripada Fantabulous, syarikat CPG berjaya menubuhkan lagi rangkaian produk yang menumpukan kepada bidang tatarias wanita iaitu CPG OBCESSION (Pakaian) dan CPG COSMETICS (Solekan Wajah). Produk Kosmetik CPG mula dipasarkan pada tahun 2017, penjenamaan semula terhadap produk ini pada tahun 2022 telah menerima maklumbalas yang baik dari pelanggan.

Produk-produk yang dipasarkan oleh CPG banyak membantu surirumah, ibu tunggal menambah pendapatan keluarga. Lebih dari 200 ejen/stokis wanita yang telah berjaya mengubah kehidupan mereka dengan jualan produk CPG.

CPG telah memulakan karier sebagai guru pada tahun 2004 dan setelah bercuti lebih dari lima tahun, beliau kembali mengajar di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Baling. Melihat pada murid-murid di sekolah yang kebanyakannya dari golongan B40, beliau terpanggil untuk membantu murid-murid kelas sebagai dorongan motivasi untuk mereka belajar. Ada satu ketika CPG membawa murid-murid ke restoran KFC menjadi tular di media sosial dan mendapat liputan berita luar negara. Kisah murid-murid ini yang tidak pernah ke restoran KFC mendapat liputan meluas ini menjadi permulaan kisah kebajikan CPG di sekolah. Beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti dari profession guru pada tahun 2022 bagi menumpukan pada bidang perniagaan dan kebajikan.

Kini, Pertubuhan Kebajikan Cik Puan Gojes Malaysia yang telah didaftarkan pada 13 Julai 2022 adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum. Pertubuhan yang komited dalam usaha membantu komuniti yang memerlukan bantuan. Melalui pertubuhan ini juga menjadikan sumber kekuatan dan inspirasi CPG untuk terus melaksanakan kebajikan kepada yang memerlukan. Walaupun baru sahaja ditubuhkan, pertubuhan ini telah berjaya menyiapkan 3 buah rumah kepada keluarga B40 dan lebih dari 1000 individu yang telah menerima bantuan.

Mengambil iktibar dari kisah Tan Sri Dr. Salmah merupakan wanita pertama Malaysia yang menggenggam Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949. Beliau merupakan satu-satunya doktor wanita yang bertugas pada zaman itu dan mengharungi zaman perang sebagai seorang wanita berkerjaya. Kisah ini juga menjadikan CPG lebih kuat, ibu juga merupakan sumber kekuatan untuk mengharungi rintangan dalam bidang perniagaan dan kebajikan.

Sekiranya CPG diberi peluang untuk dinobatkan sebagai Wanita Ikon Malaysia, ianya adalah sebagai satu platform bagi CPG berkongsi dan membantu lebih ramai wanita di Malaysia untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Dari wanita untuk wanita, perancangan bagi melaksanakan program kemasyarakatan menerusi NGO yang ditubuhkan melaksanakan aktiviti-aktiviti terutama dalam pendidikan dan kesihatan.

Harapan CPG, membawa Wanita Ikon Malaysia bukan sekadar ikon tapi menjadi inspirasi kepada wanita di Malaysia. Tidak perlu menjadi kaya untuk memberi inspirasi kepada masyarakat tetapi melalui sentuhan minda dan hati juga mampu merubah seseorang untuk menjadi lebih baik.

DENGAN KERJASAMA

Habib-Logo
logo-wardah