



Nama : Cik Nur Aishah Mat Yunus
Umur : 40 tahun
Tarikh Lahir : 18 Januari 1982
Asal : Johor
Status Perkahwinan : Bujang
Pendidikan :
– Graduan Pengurusan Perniagaan
– Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Tenaga Nasional
– Penerima Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
Kerjaya : Usahawan
Facebook : miesya.yunus
Instagram : miesya.yunus
Tiktok : @miesyayunus
Cik Nur Aishah Mat Yunus, dengan nama media yang lebih di kenali sebagai Miesya Yunus. Anak bongsu daripada 6 orang adik beradik ini merupakan anak kelahiran jati Johor Darul Takzim.
Graduan dalam Pengurusan Perniagaan dan mendapat Anugerah Pelajar Terbaik daripada Yayasan Tenaga Nasional Berhad. Mempunyai latar belakang kerjaya yang sangat luas, bemula dengan bekerja dengan syarikat antarabangsa sehingga ke GLC, SME dan akhirnya membuka perniagaan sendiri.
Memulakan pernigaan di dalam bidang kontractor dan kemudian mengembangkan kerjayanya dalam bidang Konsultan & Perunding Imej Professional Bertauliah. Beliau juga telah melatih ramai usahawan daripada desa hingga ke bandar.
Miesya Yunus juga sangat aktif didalam berpersatuan NGO serta sering mewakili Malaysia ke luar negara sebagai deligasi di dalam forum.
Pengalaman beliau sebagai anak yatim yang kehilangan ayah dalam usia awal remajanya membentuk beliau menjadi wanita yang cekal dan berdikari. Beliau adalah wanita yang berprinsip, Setiap Wanita Mampu Berjaya dengan Nilai Diri yang Tinggi melalui Ilmu, Iman & Ketrampilan Diri yang Jitu.
Ikon Wanita Kebangsaan adalah sebuah Anugerah yang mengiktiraf perjuangan wanita dan ianya adalah sebuah tanggungjawab yang harus digalas dengan amanah. In shaa Allah, sekiranya ini adalah amanah yang diberikan kepada Nur Aishah Mat Yunus, maka ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk membanggunkan masyarakat wanita agar lebih berilmu, berkemahiran tinggi, berketrampilan penuh keyakinan untuk menjadi wanita hebat yang menjadi ikon wanita lain untuk bangkit bersama.
DENGAN KERJASAMA