
Tabung KWIMCARE telah dilancarkan pada Majlis Malam Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia pada 20 Oktober 2022 bertujuan untuk melaksanakan kempen “ARE YOU OK” atau “AWAK OK KE” untuk memperkasa wanita dalam menangani masalah psikososial wanita yang kini menjadi kebimbangan semua.
Wanita yang menyandang gelaran Wanita Ikon Negeri telah ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti kempen “ARE YOU OK” atau “AWAK OK KE” dengan kerjasama Cawangan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri dan Cawangan Kelab Wanita Ikon Negeri.
DENGAN KERJASAMA



MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI


KWIMPEDULI
KWIMPEDULI adalah program CSR KWIM di bawah Kempen Are You OK bermula dari bulan Januari sehingga Mac 2023.
Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan saluran untuk kumpulan sasar (wanita yang mengalami masalah rumah tangga) bagi mendedahkan pengetahuan dan kesedaran kepada wanita bagi menyelesaikan masalah rumahtangga sekaligus dapat mempertahankan hak-hak mengikut lunas undang-undang sedia ada.
Objektif Kempen KWIMPEDULI
- 1
Untuk memberi pendedahan kepada wanita bahawa isu keganasan rumah tangga adalah serius dan perlu diatasi segera.
- 2
Untuk memberi pendedahan tentang hak-hak yang boleh dituntut oleh wanita apabila berlaku keganasan di dalam rumahtangga.
- 3
Menyediakan platform rujukan untuk wanita yang menghadapi masalah rumahtangga.
- 4
Untuk memberi kesedaran dan menyeru orang ramai untuk tampil menyertai kempen ini secara langsung atau tidak langsung.
- 5
Untuk menghulurkan bantuan guaman bagi kumpulan sasar.
- 6
Untuk menyalurkan bantuan kewangan dalam membiayai kos guaman
- 7
Untuk memastikan keselamatan wanita dari segi psikososial, fizikal dan emosi dapat dilindungi kerana wanita adalah teras dalam sesuatu instituisi kekeluargaan.
- 8
Untuk memberi pengetahuan kepada masalah (statistik), tujuan kempen dan kerjasama KWIM.
Kumpulan Sasaran
Wanita yang menghadapi masalah rumahtangga dan kehilangan punca pendapatan disebabkan pandemik.
Wanita yang menghadapi masalah rumahtangga terutama yang tidak bekerja.
Ibu-ibu tunggal yang menanggung keluarga dan haknya tidak terbela.
Wanita yang didera secara emosi
Wanita yang didera secara fizikal
Wanita yang digantung tidak bertali
Pelaksanaan Program KWIMPEDULI
- 1
INTERAKTIF SOSIAL MEDIA
Menggunakan kaedah sosial media secara meluas untuk memberi kesedaran mengenai masalah keganasan rumahtangga di era pandemik dan cara menanganinya dengan menggunakan saluran yang betul.
- 2
’HAND IN HAND SUPPORT’
Kaedah dapat memberi sokongan secara moral secara terus kepada kumpulan sasar dan memberi sinar harapan untuk semua wanita secara umumnya.
- 3
’WORKING TOGETHER’
Membantu dan memastikan kumpulan sasar mendapat bantuan yang diperlukan termasuk bantuan guaman bagi menyelesaikan krisis keganasan rumahtangga yang memerlukan perhatian segera.
- 4
’SECOND CHANCE’
Membantu mencari peluang kedua yang diperlukan dalam kehidupan mereka untuk meneruskan kehidupan agar masa depan mereka dan keluarga dapat dijamin.
Proses Permohonan Program KWIMPEDULI
Pemohon mestilah berdaftar dengan Kelab Wanita Ikon Malaysia
Pemohon hendaklah berpendapatan RM3000.00 ke bawah
Pemohon dikehendaki mengisi borang pendaftaran bantuan
Pemohon akan ditemuduga oleh AJK KWIM sebelum kes dibawa kepada PEGUAM
Pemohon mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun dan ujian kemampuan dijalankan (JBG)
Temuduga dan sesi kaunseling oleh Jabatan Bantuan Guaman atau Firma Guaman yang dilantik dijalankan untuk mengenalpasti isu, remedi dan keperluan pemohon
Permohonan diproses dan diluluskan (JBG)
KWIM akan membayar fi pendaftaran dan sumbangan guaman
Fail tindakan difailkan ke mahkamah
PROGRAM TIMELINE
Create Awareness
- Find participants & lawyers
- Create Care2gether video
- Virtual Press Conference
- Campaign Posting
- KWIM & Ustaz Amin Posting & LIVE session
Create Involvement
- FB LIVE #kwimpeduli
- Sesi kaunseling KWIM & Peguam yang dilantik
- Peguam buka file di mahkamah
- Radio Interviews
- Shopee Live stream
- KWIM & Ustaz Amin Posting & LIVE session
Execution
- Second chance