Memperkasa Wanita Malaysia
BURGERNITA
Pemerkasaan ekonomi wanita untuk menjana pendapatan dengan misi untuk melahirkan usahawan wanita yang berjaya
KWIMPEDULI
Pemerkasaan keselamatan wanita dalam menghadapi masalah keganasan rumahtangga

Berita Terkini Kelab Wanita Ikon Malaysia

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

Al-Quran bagai cahaya di tengah kegelapan malam.

Di setiap ayat yang mengandungi kebijaksanaan, menjadi pengingatan dan petunjuk untuk kita umat Islam beriman kepada Allah SWT.

Semoga kita semua mendapat berkah dan semoga panduan Alquran selalu membimbing kita.

Selamat memperingati Nuzulul Quran.

#iKON #ikonmalaysia #kwimmalaysia
... See MoreSee Less

Al-Quran bagai cahaya di tengah kegelapan malam. 

Di setiap ayat yang mengandungi kebijaksanaan, menjadi pengingatan dan petunjuk untuk kita umat Islam beriman kepada Allah SWT. 

Semoga kita semua mendapat berkah dan semoga panduan Alquran selalu membimbing kita. 

Selamat memperingati Nuzulul Quran.

#iKON #iKONMalaysia #KWIMMalaysia

PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK IKON JOHOR

Dijemput ahli dan rakan-rakan yang ingin turut serta bersama-sama Ajk KWIM Johor dalam program gotong royong masak bubur lambuk pada:

Khamis (28 March 2024)
Bermula jam 11pagi.

Di SMK Taman Johor Jaya 2

Link Google Maps:
g.co/kgs/rx3Q5t9

#ramadhan #buburlambuk #ikonjohor
... See MoreSee Less

PROGRAM MASAK BUBUR LAMBUK IKON JOHOR

Dijemput ahli dan rakan-rakan yang ingin turut serta bersama-sama Ajk KWIM Johor dalam program gotong royong masak bubur lambuk pada:

Khamis (28 March 2024)
Bermula jam 11pagi.

Di SMK Taman Johor Jaya 2

Link Google Maps:
https://g.co/kgs/rx3Q5t9

#ramadhan #buburlambuk #ikonjohor

JANGAN TEKAN LINK DI BAWAH!!

Atau

TEKAN LINK DI BAWAH !!!

Pilihan di tangan Anda !!..

Tindakan bijak anda menekan link di bawah dan mencalonkan nama mana-mana Wanita di ruangan pencalonan, Anda akan melahirkan 12 orang IRON LADY di Malaysia yang boleh memberi inspirasi serta ikon kepada Wanita di luar sana

Jadi, Ayuh jangan berlengah lagi.. adakah diri Anda yang kami cari?..ataupun sahabat - sahabat Anda yang kami tengah cari?.. Anda yang berhak memilih siapkah SERIKANDI yang Anda mahukan untuk memimpin serta memperkasakan Wanita Malaysia serta memperjuangkan hak-hak Wanita

Jom..pilihan di tangan Anda.. calonkan mereka di link yang tertera yer 💪💪

#KWIM
#AWIM
#anugerahwanitaikonmalaysia
#ladyboss
#ironlady
... See MoreSee Less

Load more

Program & Aktiviti

ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2024

Tujuan Program : Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain..

Tempat : Setiap Negeri (cawangan KWIM)

Pencalonan : 1 Februari 2024 – 31 Mac 2024

Pendaftaran Calon : 1 April 2024 – 30 April 2024

Saringan Awal : Mei 2024

Temuduga Calon : Jun 2024

Pemenang Anugerah Wanita Ikon Peringkat Negeri : Julai 2024

Malam Anugerah Wanita Ikon 2024 : September 2024

PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Tujuan Program : Mengumpul data jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh iKONprenuer dari Kelab Wanita Ikon Malaysia. Perniagaan anda akan disenaraikan di dalam Aplikasi iKON bertujuan mempromosikan perniagaan anda. Anda juga berpeluang mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi kewangan dengan kadar yang rendah.

Cara Pendaftaran : Isikan Google Form

Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Oktober 2023

PENDAFTARAN BURGERNITA

Tujuan Program : BURGERNITA adalah satu perniagaan bersepadu yang diwujudkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjalankan perniagaan gerai ‘Burger’ dengan berkonsepkan 50% geran dari Kelab Wanita Ikon Malaysia dan 50% lagi adalah ditanggung oleh peserta sendiri atau dari pinjaman dari institusi kewangan tempatan. Peserta akan diberi bimbingan dan panduan oleh mentor-mentor Kelab Wanita Ikon Malaysia.

Kelayakan : Golongan B40, asnaf atau miskin yang berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah

Cara Penyertaan :

  • Peserta isi borang pendaftaran
  • Peserta yang terpilih akan ditemuduga
  • Peserta yang layak akan mengikuti program latihan, mula berniaga dan dipantau oleh KWIM Negeri

PENDAFTARAN KWIMPEDULI

Tujuan Program : Program KWIMPEDULI merupakan salah satu aktiviti KEMPEN ARE YOU OK bertujuan untuk melindungi ahli-ahli KWIM golongan B40 yang mengalami masalah rumahtangga melalui lunas undang-undang dan khidmat guaman PERCUMA supaya hak wanita yang teraniaya dapat dibela.

Kelayakan : Ahli KWIM yang berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah, yang didera emosi, fizikal atau digantung tidak bertali.

Proses Permohonan :

  • Pemohon isi borang pendaftaran
  • Pemohon yang terpilih akan ditemuduga sebelum kes dibawa ke peguam
  • Pemohon mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun dan ujian kemampuan dijalankan.
  • Temuduga dan sesi kaunseling oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) atau Firma Guaman yang dilantik dijalankan untuk mengenalpasti isu, remedi dan keperluan pemohon.
  • Permohonan diproses dan diluluskan.
  • KWIM akan membayar fi pendaftaran dan sumbangan guaman.
  • Fail tindakan difailkan ke mahkamah (JBG)