KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.
Info
- Latar Belakang
- Penasihat
- Carta Organisasi
- Hubungi Kami
JANGAN TEKAN LINK DI BAWAH!!
Atau
TEKAN LINK DI BAWAH !!!
Pilihan di tangan Anda !!..
Tindakan bijak anda menekan link di bawah dan mencalonkan nama mana-mana Wanita di ruangan pencalonan, Anda akan melahirkan 12 orang IRON LADY di Malaysia yang boleh memberi inspirasi serta ikon kepada Wanita di luar sana
Jadi, Ayuh jangan berlengah lagi.. adakah diri Anda yang kami cari?..ataupun sahabat - sahabat Anda yang kami tengah cari?.. Anda yang berhak memilih siapkah SERIKANDI yang Anda mahukan untuk memimpin serta memperkasakan Wanita Malaysia serta memperjuangkan hak-hak Wanita
Jom..pilihan di tangan Anda.. calonkan mereka di link yang tertera yer 💪💪
#KWIM
#AWIM
#anugerahwanitaikonmalaysia
#ladyboss
#ironlady
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
Tujuan Program : Anugerah penghormatan dan penghargaan untuk memartabatkan seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola yang patut dicontohi oleh wanita-wanita lain..
Tempat : Setiap Negeri (cawangan KWIM)
Pencalonan : 1 Februari 2024 – 31 Mac 2024
Pendaftaran Calon : 1 April 2024 – 30 April 2024
Saringan Awal : Mei 2024
Temuduga Calon : Jun 2024
Pemenang Anugerah Wanita Ikon Peringkat Negeri : Julai 2024
Malam Anugerah Wanita Ikon 2024 : September 2024
Tujuan Program : Mengumpul data jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh iKONprenuer dari Kelab Wanita Ikon Malaysia. Perniagaan anda akan disenaraikan di dalam Aplikasi iKON bertujuan mempromosikan perniagaan anda. Anda juga berpeluang mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi kewangan dengan kadar yang rendah.
Cara Pendaftaran : Isikan Google Form
Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Oktober 2023
Tujuan Program : BURGERNITA adalah satu perniagaan bersepadu yang diwujudkan oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjalankan perniagaan gerai ‘Burger’ dengan berkonsepkan 50% geran dari Kelab Wanita Ikon Malaysia dan 50% lagi adalah ditanggung oleh peserta sendiri atau dari pinjaman dari institusi kewangan tempatan. Peserta akan diberi bimbingan dan panduan oleh mentor-mentor Kelab Wanita Ikon Malaysia.
Kelayakan : Golongan B40, asnaf atau miskin yang berpendapatan isi rumah RM 4,000 ke bawah
Cara Penyertaan :
Tujuan Program : Program KWIMPEDULI merupakan salah satu aktiviti KEMPEN ARE YOU OK bertujuan untuk melindungi ahli-ahli KWIM golongan B40 yang mengalami masalah rumahtangga melalui lunas undang-undang dan khidmat guaman PERCUMA supaya hak wanita yang teraniaya dapat dibela.
Kelayakan : Ahli KWIM yang berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah, yang didera emosi, fizikal atau digantung tidak bertali.
Proses Permohonan :
KELAB WANITA IKON MALAYSIA (IKON) memperkasakan ekonomi, pendidikan, pembudayaan, kesihatan dan keselamatan wanita untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.